Isteri Daim Dakwa Suami Beliau Di Aniaya

Isteri Daim Dakwa Suami Beliau Di Aniaya

Isteri Daim Zainuddin, Naimah Khalid, ada pihak yang cemburu dengan kejayaan perniagaan suami beliau.

Naimah juga berkata, atas sebab itu, suami beliau, Daim Zainuddin, kini difitnah hingga disiasat oleh pihak SPRM.

Isteri Daim Dakwa Suami Beliau Di Aniaya



“Beliau (Daim) dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan”.

“Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya”.

“la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian”.

“Lebih penting lagi, jawatan perdana menteri tidak seharusya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran”.



“Dan tuduhan kononnya mengenai salah laku ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau”.

“Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti”.

“Apakah di Malaysia hari ini, apa-apa andaian yang terbit dari pentas buli perdana menteri sudah cukup untuk menghukum seseorang?”.

“Hari ini keluarga saya, esok lusa siapakah lagi akan menjadi mangsa?”.



“Walau apa pun, kami memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang”.

“Walaupun kami tetap mempersoalkan motif siasatan kerana kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah,” katanya.

Penulis cuma mahu bertanya kepada Naimah, apakah lapuran Pandora Papers oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) juga berniat jahat?

Kalau itu anggapan Naimah, atas dasar apa ICIJ mahu berniat jahat terhadap Daim?



Janganlah jumpy sangat makcik, berikan ruang dan ruang kepada SPRM untuk selesaikan siasatan mereka.

Isteri Daim Dakwa Suami Beliau Di Aniaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading