Dua anggota polis samun dua remaja ditahan kerja

 

Oleh Pena Merah

 

Dua anggota polis samun dua remaja ditahan kerja
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini pada Selasa lalu ditahan kerja



Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tahan kerja dikenakan terhadap mereka sehingga siasatan dilakukan selesai.

“Ya. Akan terus ditahan kerja sementara siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, polis mengesahkan tangkapan dua anggota polis  dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini.

Ini susulan dua laporan polis diterima Kontinjen Selangor daripada pengadu lelaki dan wanita warga asing yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.



Kejadian berlaku pada 10.09 malam, Selasa ketika pengadu dan rakan lelakinya berada dalam sebuah kereta  di Ampang View di sini.

Katanya, remaja warga asing dan kawan lelakinya rakyat tempatan ditahan dua lelaki lengkap beruniform polis sebelum mangsa wanita dan kawan lelakinya dibawa  ke lokasi berasingan.

Seorang anggota polis  merogol mangsa wanita dalam kenderaan polis  manakala kawan lelaki kepada mangsa dirogol  dibawa ke bank untuk mengeluarkan wang seperti diminta kedua-dua suspek.

Polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Sekzyen 395/397 KK atas kesalahan merompak.



Terdahulu, tular laporan mendakwa dua anggota yang bertugas di sebuah daerah di Selangor terlibat dengan kes rogol dan pemerasan terhadap dua individu termasuk seorang warga Uzbekistan. Dua anggota polis terbabit didakwa berpangkat lans konstabel dan lans koperal dan masing-masing berusia 24 dan 31 tahun

SUMBER – UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button