Sampai bila ‘terpaksa’ beli beras mahal?
Oleh – Syed Baran
Orang ramai khususnya masyarakat di daerah ini mendakwa seolah-olah dipaksa membeli beras import yang mahal harganya apabila bekalan beras putih tempatan hanya dihantar oleh pembekal antara tiga minggu hingga dua bulan sekali.
Lebih menyukarkan apabila jumlah beras yang dibekalkan kepada peniaga runcit atau pasar raya antara 10 hingga 250 bungkus dan habis dijual dalam masa antara satu hingga 12 jam sahaja.
“Persoalannya ialah di mana beras putih tempatan? Apa yang menghairankan, beras itu banyak dijual ketika Jualan Rahmah bergerak diadakan.
“Rakyat mencari bekalan beras bukan sebulan sekali, tapi hampir setiap hari. Sepatutnya bekalan perlu perlu sentiasa ada dalam pasaran sama ada di kedai runcit atau pasar raya.
Apabila bekalan hanya ada sekali-sekala, ia akan mengakibatkan berlaku pembelian panik dalam kalangan orang ramai dan keadaan itu yang akan memburukkan lagi keadaan apabila ramai yang tidak berpeluang membelinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Sementara itu, seorang penduduk Taman Ilham, Roslan Ali, 55, berharap isu itu dapat diselesaikan segera pada tahun ini.
Katanya, bukan hanya beras, malah gula serta minyak masak peket terus ‘hilang’ dalam pasaran.
“Sampai bila rakyat harus ‘dipaksa’ beli beras import yang hampir sekali ganda harganya berbanding beras putih tempatan.”