Remaja bukan diculik tapi keluar rumah

Oleh – Syeikh Baran


Remaja bukan diculik tapi keluar rumah

Lelaki yang ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Sultan, di sini dipercayai terbabit kes kehilangan dua beradik lelaki di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam sejak 1 Januari lalu.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, suspek berusia 42 tahun itu direman tujuh hari bermula 13 Januari lalu hingga 19 Januari.

Katanya, dia ditahan susulan laporan dibuat remaja lelaki berusia 16 tahun pada 2.48 pagi, 12 Januari lalu yang mendakwa dicabul dan diliwat di sebuah hotel.

“Bertindak atas maklumat itu, pihak polis menahan suspek dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Allaudeen berkata, siasatan polis turut mendapati remaja lelaki terbabit bukan diculik, sebaliknya keluar dari rumahnya di Hulu Bernam, Selangor.

“Siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di atas talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.



Sumber – Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button