Sikap Politikus Semakin Memualkan Anak Muda

Sikap Politikus Semakin Memualkan Anak Muda

Sikap Politikus Semakin Memualkan Anak Muda

Seorang anak muda yang penulis kenal memberikan mesej yang ringkas tetapi cukup padat.

“Sumpah doh, politikus Malaysia semakin mengarut, boleh buat orang muntah hijau”.

Penulis cuba selami apa yang beliau maksudkan supaya dapat memahami mengapa beliau berkata begitu.



Apakah anak muda sekarang sudah hilang semangan nasionalisma dan patriotisma?

Jangan terlalu mudah menuding jari kepada mereka.

Beberapa anak muda yang membuat kerja delivery, yang penulis temui sedang berehat sementara menunggu job masuk.

Dari perbualan dengan mereka, penulis dapati mereka adalah anak muda yang sangat beradab.



Tetapi bila ditanya mengenai politik, watak mereka secara tiba-tiba berubah.

Ada yang cuba mencari helah untuk melarikan diri, mungkin kerana tidak mahu dianggap tidak beradab.

Terpaksa penulis memujuk beberapa orang dari mereka untuk mendengar sendiri pandangan mereka.

“Sebenarnya, kami dah tak minat nak ambil tahu tentang politik”.



“Lantaklah dia orang nak buat apa kat atas sana, kami tetap macam nie jugak”.

“Buka FB, buka Tiktok, buka WhatsApp, tak habis-habis cerita pasal berebut kuasa”.

“Langkah inilah, langkah itulah, macam-macam langkah, ceritanya tak ada lain, nak berebut kuasa, langkah wak lu lah”.

“Kami bukan jahil dan tak der pelajaran bang”.



“Saya dengan majoriti kawan-kawan saya sekarang nie masih belajar kat U”.

“Tapi habis kelas atau hari yang tak ada kelas, terpaksa buat delivery”.

“Bukan abang tak tahu, harga barang sekarang nie macam hanat”.

“Duit PTPTN, cukup-cukup bayar yuran, lebih tu nak beli seluar dalam pun kena fikir 10 kali”.



“Cuba abang beritahu, kalau tak buat delivery, kami nak makan apa?”.

“The so called politician buat apa?”.

Terlintas di fikiran penulis, kuasa politik adalah untuk membantu dan membangunkan rakyat dan negara.

Tetapi sekiranya kuasa politik yang kita ada hanya membuat rakyat menderita, tidak ada artinya kuasa tersebut diperolehi.



 

Sikap Politikus Semakin Memualkan Anak Muda

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button