25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun
Oleh – Syeikh Baran
Sekurang-kurangnya 25 peratus pelajar menolak tawaran kemasukan ke MRSM setiap tahun, dan kekosongan tersebut akan diisi oleh calon-calon simpanan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
“Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Asyraf berkata, beliau menerima banyak pertanyaan berkenaan status makluman ‘Sekiranya tidak menerima makluman tawaran melalui SMS atau semakan dalam sistem sebelum 20 Mei 2024, permohonan adalah tidak berjaya’.
Jelasnya, penerima status tersebut merupakan calon simpanan, dan kemasukan mereka bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak.
“Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM (Ujian Kecenderungan Kemasukan) tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu,” katanya.
Sumber – Sinar Harian