Dj Lin Akui Terima Kecaman Terhebat Selama 25 Tahun
Didakwa Tergamak Anjur Makan-Makan Ketika Hari Tyzo Dibuang
Dj Lin Akui Terima Kecaman Terhebat Selama 25 Tahun
Media sosial adalah platfom yang menghubungkan manusia dan membolehkan kita sebagai pengguna berkongsi idea, fikiran dan maklumat melalui perkongsian dan perbualan.
Namun, meskipun buli bukanlah konsep baharu, kemajuan teknologi membawa buli ke tahap baharu, iaitu buli siber. Satu daripada buli siber adalah komen negatif di media sosial.
Berbahas soal ini, baru-baru ini pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin menyifatkan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu penamatan kontrak Tyzo baru-baru ini memberi kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.
Menurutnya, perkara paling teruk dihadapi ketika ini apabila netizen turut melemparkan kecaman terhadap dua anaknya, Nureen Aresya dan Nazren Asyran.
“Ini kecaman terhebat pernah saya terima sepanjang 25 tahun bergelar penyampai radio. Saya terima kecaman sejak Jumaat lalu sehingga viral.
“Tahun 2024 ini dibuka dengan kontroversi sebegini namun saya terima serta reda dengan ujian yang diberikan Tuhan ketika ini.
“Semua netizen yang mengecam saya dengan pelbagai gelaran buruk, fitnah dan menghentam saya secukup-cukupnya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Tambahnya, dua anaknya tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu ini.
“Mereka tidak bersalah. Kecamlah saya tetapi jangan sentuh anak-anak saya. Anda menghukum saya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
“Anda menghukum mereka tanpa alasan yang kukuh, anda menggelar ibu mereka macam-macam. Mereka juga manusia yang ada emosi ada hati.
“Cuma kalau boleh saya nasihatkan, menghukum biarlah lepas kita mengetahui kenyataan yang sebenar. Itu baru adil,” jelasnya.
Bagaimanapun, memetik kenyataan Tyzo ketika sesi temubual bersama media petang tadi, bekas penyampai radio ini mendakwa bahawa Dj Lin telah mengadakan ‘makan-makan’ makanan yang dimasak oleh anaknya bersama staf-staf lain ketika suasana sedih menyelubungi konti ketika diberitahu dirinya telah tamat kontrak.
Jelasnya, ianya tidak wajar kerana penamatan kontrak ini bukan atas persetujuan bersama atau kehendak dirinya.
Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.
Dj Lin Akui Terima Kecaman Terhebat Selama 25 Tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafidah VS Mahathir, Why Why, No…..
- Sultan Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mohammad Agus
- Selepas disiasat SPRM, anak bekas PM akan ‘lari’ ke Jepun?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :