Polis Kelantan rampas 1 juta batang rokok seludup
Oleh – Syeikh Baran
Polis Kelantan merampas 1 juta batang rokok seludup selepas menahan lima individu dalam dua serbuan berasingan di sekitar jajahan ini semalam.
Rampasan berjumlah RM750,000 termasuk cukai itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah negeri di Kampung Pauh Panji dan Kampung Padang Mokkan.
Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan pertama pada pukul 3.45 pagi di Kampung Pauh Panji, semalam pihaknya berjaya menahan tiga individu.
Menurutnya, hasil pemeriksaan keatas Perodua Kembara dan lori jenis Toyota itu membawa kepada penemuan 300,000 batang rokok putih.
“Soal siasat yang dilakukan keatas ketiga-tiga suspek membawa kepada penahan seorang lagi lelaki. Kesemua mereka yang ditahan itu masing-masing berusia 27 hingga 59 tahun.
“Serbuan kedua pada pukul 3.30 petang itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki berusia lewat 20-an Kampung Panji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Zaki memberitahu, pemeriksaan membawa kepada penemuan 700,000 batang rokok putih di dalam sebuah lori.
Katanya, semua rokok putih itu dipercayai telah diseludup masuk secara haram dari negara jiran.
“Kelima-lima suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini 2024 untuk tujuan permohonan tahanan reman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya.
Sumber –UTUSAN