Ikan mengawan punca bunyi misteri
Oleh – Syeikh Baran
Seorang saintis Florida mendedahkan bunyi dengungan misteri yang dilaporkan oleh penduduk di kawasan Tampa Bay bermungkinan datang daripada ikan-ikan yang sedang mengawan.
Penduduk kawasan tersebut melaporkan mendengar bunyi bernada rendah secara berkala sejak 2021 dan setakat ini tiada jawapan konkrit ditemui tentang asal-usulnya.
Saintis Kanan Makmal Marin dan Akuarium Mote, James Locascio berkata, dengungan aneh itu mungkin datang daripada ikan dram hitam di teluk berkenaan.
Katanya, ikan itu mengeluarkan bunyi berdenyut semasa musim mengawan apabila otot bergetar melawan pundi kencing mereka.
Katanya, bunyi itu boleh mencapai sejauh 1.6 kilometer dari air.
“Ia adalah bunyi frekuensi rendah, jadi mereka melakukan perjalanan dengan lebih baik dan pergi lebih jauh malah mampu melalui media yang berbeza dengan lebih cekap,” kata Locascio kepada WTVT-TV.
Penduduk tempatan, Sara Healy berkata, dia mendengar rakaman bunyi yang dibuat oleh ikan dram hitam dan percaya hipotesis Locascio adalah benar.
“Itu betul-betul apa yang saya dengar. Sama dengan nada dan iramanya,” kata Healy.
Healy kini cuba mengumpul AS$2,500 (RM11,792) supaya saintis berkenaan boleh memasang perakam akustik bawah air untuk mengesahkan teori tersebut.
Locascio berkata, peralatan itu boleh dipasang dalam masa beberapa hari jika matlamat pembiayaan berjaya dicapai.
Sumber – UTUSAN