Penunjuk perasan rempuh Capitol, Trump didakwa cuba ‘rampas kuasa’

 

WASHINGTON: Penyokong Donald Trump, semalam merusuh dalam bangunan Capitol, bagi menghalang sesi Kongres yang diadakan mengesahkan kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Ia dilihat sebagai usaha terakhir membatalkan kekalahan pemilihan Trump, sehingga mencetuskan kekacauan dan cubaan ‘rampasan kuasa’.

Beberapa jam selepas penunjuk perasaan yang penyokong Trump berhimpun, mereka merempuh sekatan jalan raya dan menyerbu masuk Capitol untuk mengganggu sesi khas itu menyebabkan sidang itu terpaksa dihentikan sementara.



Kekacauan di bangunan Capitol itu berlaku ketika Biden menikmati kemenangan baharu apabila Parti Demokrat bersedia untuk memenangi dua kerusi Senat untuk menguasai semula Kongres.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang mula bertindak ganas ketika mempertahankan kemenangan Trump, suatu peristiwa yang luar biasa dan jarang berlaku sejak lebih dua dekad yang mana majlis peralihan kuasa berjalan dalam keadaan tenang tanpa sebarang kekacauan.

“Presiden Amerika Syarikat (Trump) menghasut penunjuk perasan untuk merampas kuasa. Kami tidak akan takut. Kami tidak akan dapat dihalang, “kata anggota Demokrat, Karen Bass.

Anggota Perwakilan, Val Demings juga mengecam tindakan merempuh Capitol yang jelas menunjukkan ‘rampasan kuasa sedang berlaku’.



Seorang lagi anggota Perwakilan, Elaine Luria memberitahu mereka terpaksa mengosongkan kawasan berkenaan selepas ada laporan menyatakan mengenai bom paip, dan beliau mendengar bunyi yang dipercayai tembakan.

“Saya tidak tahu mengapa ini berlaku di negara kita hari ini dan anggota Kongres ditakut-takutkan dan tidak dapat membawa suara rakyat Amerika,” katanya.

Biden hampir pasti akan menjadi disahkan sebagai Presiden AS, apabila Demokrat sudah menguasai Dewan Perwakilan, namun 140 anggota Dewan Republikan dan Senator Republik berpihak kepada Trump untuk mencabar keputusan pilihan raya walaupun mahkamah menolak berlakunya penipuan dalam pilihan raya.

Anggota Senat Republikan, Senator Mitch McConnell, penyokong kuat Trump selama empat tahun mengecam keputusan mahkamah dan menyatakan bahawa keputusan pilihan raya 3 November tidak tepat.



“Pengundi, mahkamah dan negeri sudah membuat keputusan, Sekiranya kita menolaknya, itu akan merosakkan Republikan selama-lamanya.

“Sekiranya pilihan raya ini dibatalkan oleh tuduhan semata-mata dari pihak yang kalah, demokrasi kita akan mati,” kata McConnell, yang juga menuduh Demokrat juga tidak menerima kemenangan mengejutkan Trump pada tahun 2016.

Senator Chuck Schumer menyatakan; “Parti Republikan nampaknya bergantung kepada kepercayaan sokongan rampasan kuasa kudeta.”

Sementara itu, ketika kekacauan memuncak, Trump menggunakan akaun Twitter meminta penyokongnya untuk berdamai dan Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser mengumumkan perintah berkurung bermula jam 6 petang di bandar raya itu.



Terdahulu, Trump mengajak penunjuk perasaan berdekatan Rumah Putih menuju ke Capitol.

Dengan nada marah, Trump mengingatkan pemimpin Republikan yang ‘lemah’ untuk tidak mengesahkan kemenangan Biden dan memberi tekanan langsung kepada Timbalan Presiden, Mike Pence, yang secara rasmi memimpin sesi pengesahan kemenangan itu.

“Kami tidak akan pernah berputus asa. Kami tidak akan mengalah, “kata Trump kepada penyokongnya yang bersorak dan ramai dilihat tidak memakai pelitup muka ketika kes COVID-19 meningkat di negara itu.

“Saya harap Pence memiliki keberanian untuk melakukan apa yang harus dilakukannya,” kata Trump, yang menggambarkan pemilihan AS kurang jujur berbanding pilihan raya di ‘negara Dunia Ketiga.



Di saat Trump mengecam keputusan pilihan raya itu sewaktu pembukaan persidangan Kongres, Pence yang juga penyokong setia Trump selama empat tahun yang selama ini senyap sejak pilihan raya menyatakan beliau tidak akan campur tangan.

“Perlembagaan menghalang saya untuk menuntut kuasa unilateral dalam menentukan undi pilihan raya mana yang harus dikira dan mana yang tidak,” kata Pence dalam satu kenyataan. – AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button