Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

 

Oleh – Adam Malik


Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah


Apabila ada laungan Kerajaan Madani akan tumbang oleh kuncu kuncu dan sibertroopers dari Perikatan Nasional, ia sebenarnya sekadar laungan untuk memberi persepsi konon konon ia benar akan terjadi.

Selain itu ia bertujuan menakut nakutkan penguatkuasa yang sedang menyiasat curian berbilion wang rakyat.

Maka, dengan laungan dan gertakan Kerajaan akan tumbang pada bila bila masa, pihak Mahathir mengharapkan pihak pihak tertentu menghentikan siasatan terhadap penyamun wang rakyat dari Perikatan Nasional.

Laungan kerajaan akan tumbang juga mahu memancing mereka dari kalangan MP yang tidak mahu menyokong ‘tebuk atap’ akan terasa ketinggalan dan kerugian jika Kerajaan baru terbentuk.

Mereka akan terasa tercicir dan ketinggalan kapal jika tidak sertai Kumpulan ‘tebuk atap”:.



HANYALAH PERMAINAN ‘PSYWAR POLITIK GAGAL’

Mahathir cabar Anwar adakan PRU, petanda tidak cukup jumlah

Ia semata mata permainan persepsi dan “psy war” politik.

Menurut sumber yang Portal kami perolehi, jumlah sebenar sokongan Ahli Parlimen atau MP yang menyokong gerakan tebuk atap tidak penah mencapai jumlah yang secukupnya semenjak awal lagi.

Walaupun MP nya bertukar tukar pendirian masa rundingan sulit , namun jumlah ‘at any one time” paling tinggi tetap tidak mencecah 100 pada satu satu masa.

Baru baru ini , apabila Tun Mahathir membuat sidang media bagi menyelamatkan anaknya yang disiasat SPRM, Mahathir telah mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya membuat PRU demi pembuktian jika benar Kerajaan Anwar masih ada sokongan.

Tanpa Mahathir sedar , ia membayangkan skim tebuk atap sebenarnya sudah gagal.

Seperti andaian pihak kami, Mahathir dan Perikatan Nasional tidak pernah perolehi cukup “numbers” seperti yang diwarwarkan pihak sitro mereka.

Ia sekadar ‘false flag” dan scam politik sahaja. Jika benar cukup jumlah sudah pasti Mahathir akan mengadakan sidang media dengan barisan MP berdiri dibelakang nya supaya rakyat dapat mengira sendiri jumlah MP yang bersama Mahathir.

Itulah Mahathir , sentiasa ada sahaja muslihat untuk menipu rakyat.

Kini, tidak ragu lagi , Mahathir sudah tewas bersama PN.

Apa yang ada yang sedang menunggu hanyalah kes kes rasuah dan AMLA yang akan menyeret seluruh ‘clan’ Mahathir , Daim dan PN.



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button