Penunggang p-hailing dijel 2 minggu
Oleh – Syeikh Baran
Tindakan seorang penunggang p-hailing yang mencuri bahan mentah iaitu udang dan sotong di sebuah pasar, memakan diri apabila dia dihukum penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Khamirul Azmi Basli, 35, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 22 Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri udang dan sotong yang kesemuanya bernilai RM350 milik seorang peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini pukul 10.30 malam pada 9 Januari lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran namun Khamirul Azmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
“Saya mengaku bersalah kerana mencuri, tetapi saya mencuri bukan untuk jual tetapi untuk buat makan.
Saya minta maaf dan janji tidak akan buat lagi, mohon jasa baik Yang Arif untuk ringkan hukuman saya. Saya juga mempunyai seorang ibu yang kini tinggal seorang di rumah,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE