Russia lanjutkan penahanan wartawan AS selama 2 bulan
Oleh – Syeikh Baran
Mahkamah hari ini, melanjutkan tempoh tahanan ke atas wartawan Wall Street Journal, Evan Gershkovich yang ditangkap di Moscow atas tuduhan pengintipan yang dibantahnya, sehingga 30 Mac depan.
Mahkamah menerusi aplikasi Telegram berkata, tempoh tahanan ke atas Evan dilanjutkan selama dua bulan, sehingga 30 Mac depan.
Dia ditahan ketika melawat bandar Urals Yekaterinburg pada hujung Mac 2023 dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Biarpun ramai wartawan Barat meninggalkan Moscow, namun lelaki warga AS dan pernah bekerja dengan AFP sebelum ini, terus melaporkan mengenai peperangan Ukraine dari Russia selepas Kremlin melancarkan serangannya.
Russia mendakwa penahanan Evan ‘ketika melakukan kesalahan itu’, namun tidak memberi sebarang bukti susulan tuduhan dibuat terhadapnya. Dia ditahan di penjara Lefortovo di Moscow. – AFP
Sumber – BERITA HARIAN