1,500 kampung di Gujarat masih bergelap akibat taufan Biparjoy

1,500 kampung di Gujarat masih bergelap akibat taufan Biparjoy

1,500 kampung di Gujarat masih bergelap akibat taufan Biparjoy
Banjir susulan taufan Biparjoy melanda Gandhidham, Gujarat, India. – Foto REUETRS

AHMEDABAD: Kira-kira 1,500 kampung di negeri barat India, Gujarat masih terputus bekalan elektrik berikutan belum pulih sepenuhnya daripada kesan taufan Biparjoy minggu ini.

Sebelum ini lebih 4,600 kampung di Saurashtra dan Kutch mengalami gangguan ketika taufan itu melanda pada Khamis lalu.

Menurut Setiausaha Tenaga Gujarat, Mamta Verma, kebanyakan kampung terpaksa diputuskan bekalan elektrik sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang insiden berbahaya ketika ribut.



Ini berikutan hujan lebat yang diramalkan berlaku pada hari ini, terus melanda daerah utara negeri itu, hingga mengakibatkan banjir.

Bagaimanapun, pelabuhan di sepanjang pantai termasuk Pelabuhan Pipavav dan Pelabuhan Kandla sudah menyambung semula operasi, manakala Pelabuhan Mundra milik Adani dijangka memulakan semula operasi mulai hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?




Sementara itu, kesan ribut menyebabkan kerosakan teruk terutamanya kepada infrastruktur kuasa, mencabut ribuan tiang elektrik dan merosakkan talian kuasa lain.

“Pasukan kami bekerja di lapangan untuk memulihkan bekalan elektrik dan bekalan air minuman.

“Pembaikan jalan yang rosak dan infrastruktur fizikal lain juga sedang dilaksanakan berdasarkan keutamaan,” kata Setiausaha Hasil Gujarat, Kamal Dayani.

Menurut kerajaan negeri, lebih 700 rumah di lapan daerah pantai Gujarat mengalami kerosakan sepenuhnya atau sebahagian.



Sementara itu, dua kematian dicatatkan membabitkan pengembala lembu ketika cuba menghalang lembu dihanyutkan banjir, beberapa jam sebelum taufan itu mendarat.

Amaran awal, pengecaman tepat kawasan terdedah dan pemindahan tepat pada masanya membantu India mengelakkan kemalangan jiwa besar.

Pihak berkuasa di India dan negara jiran Pakistan memindahkan lebih 180,000 orang dari kawasan terdedah ketika taufan menghampiri. – REUTERS

1,500 kampung di Gujarat masih bergelap akibat taufan Biparjoy


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading