BERSATU bersedia untuk keluar belanja bagi 6 Pilihan Raya Kecil?

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU bersedia untuk keluar belanja bagi 6 Pilihan Raya Kecil?

BERSATU-Parti Pribumi Bersatu Malaysia, menyatakan kesediaan mereka menghadapi PilihanRaya Kecil (PRK) sekiranya berlaku pengosongan kerusi wakil rakyatnya.



Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Hamzah Zainudin selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen yang menang dalam sesuatu pilihan raya kemudian mengumumkan keluar parti politik dan menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai parti politik lain antara tiga perkara utama dalam istilah lompat parti. 

Bercakap di Dewan Negara hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan draf pentadbiran Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berkaitan anti lompat parti, antara lain mengistilahkan seseorang ahli Parlimen yang menang kerusi itu tetapi dipecat oleh parti juga dikira sebagai melompat parti. – Laporan – 30/3/2022

Dari mana pula akan datangnya dana Pilihanraya Kecil BERSATU sekiranya mereka bertegas akan memecat 6 ahli parlimen yang telah menyatakan sokongan kepada kerajaan hari ini?



Persoalannya, beranikah BERSATU memecat mereka dari parti atau sekadar mahu menggemparkan politik negara?

BERSATU bersedia untuk keluar belanja bagi 6 Pilihan Raya Kecil?

Senarai ahli parlimen BERSATU yang menyokong PMX dan Kerajaan adalah seperti berikut –

  • Syed Hussin Hafiz – Bukit Gantang
  • Zahari Kechik – Jeli
  • Mohd Azizi Abu Naim – Gua Musang
  • Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid – Kuala Kangsar
  • Suhaili Abdul Rahman – Labuan
  • Zulkafperi Hanapi – Tanjong Karang

Walaupun mereka masih menyatakan sokongan kepada BERSATU, ternyata gelaran “Pengkhianat” sudahpun dilabelkan terhadap 6 ahli parlimen tersebut.



Bersatu akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang khianat susulan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. – Laporan 29/1/2024

Pastinya jalan ‘pulang’ 6 ahli parlimen ini sudah tertutup dan mereka bakal berdepan tindakan namun setakat ini ia tidak lebih dari sekadar berita sahaja.

Pada PRK Kemaman, Suruhanjaya Pilihan Raya-SPR mengganggarkan kos bagi melaksanakan PRK tersebut sebanyak RM3.5 juta.

Bayangkan berapa kos sekiranya 6 PRK berlangsung serentak dan berapa pula yang BERSATU sanggup ‘leburkan’ bagi memenangi kembali kerusi tersebut.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button