Kes balas dendam atau tidak , yang penting adalah fakta kes

 

Oleh – Adam Malik


Kes Balas dendam atau tidak , yang penting adalah fakta kes

 



Pada kes kes 1MDB dan SRC yang direkacipta terhadap Datuk Seri Najib Razak, terlalu banyak cacat cela dan persoalan yang boleh dibangkitkan berkenan cara kes dikendalikan dan dijalankan.

Pertama kes tidak ada saksi utama berada didalam mahkamah.untuk memberi keterangan.

Kedua , saksi yang berada didalam mahkamah pula kebanyakannya sering memetik nama saksi utama yang tidak ada didalam mahkamah untuk menafikan kenyatasn saksi atau mengesahkan kenyataan saksi.

Maka, ia sebenarnya kenyataan yang tidak berapa sahih atau kenyataan yang “unverified”.

Ketika menjatuh hukum pun Hakim menyatakan Najib tidak harus belanja atau dera wang itu saja.

Namun, bukti DSNR telah mencuri atau memberi arahan untuk masuk kedalam akaunnya tiada langsung.

Bahkan Lembaga Pengarah yang meluluskan wang masuk kedalam akaun DSNR langsung tidak disentuh jika benar ia satu kesalahan.

Banyak lagi yang boleh didebatkan termasuklah berkenaan Hakim yang bermasalah dan ada konflik kepentingan tapi diizinkan untuk terus menjadi Hakim.

Ini sangat mencacatkan kes.

KENA ‘SUIS’, MAHATHIR TERUS DAKWA SIASATAN TERPILIH


Pada dakwaan Tun Mahathir kononnya kes dan siasatan yang dihadapi oleh anak anaknya dan juga seorang kroninya , Tun Daim adalah dakwaan terpilih dan satu bentuk ketidakadilan, bolehlah kita anggap sebagai tuduhan liar yang tiada asas dan nilai.

Ini kerana Datuk Seri Najib Razak telah menghadapi perkara yang sama ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Najib ditekan bahkan Peguam mewakilinya juga di kenakan tekanan demi untuk menakutkan Peguam peguam lain supaya tidak berkerjasama dengan DSNR.

Malah kerajaan Mahathir turut bersekongkol dengn pelbagai pihak lain untuk menyusahkan DSNR.

Kini, apabila Mahathir dan Daim cuba melaung diri mereka diberi tekanan dakwaan dikenakan atas sebab dendam politik dan dakwaan terpilih, maka satu perkara harus ditanya terlebih dahulu, adakah dakwaan tanpa pembuktian?

Adakah dakwaan direka semata mata seperti kes 1MDB dan SRC Najib?

Adakah kes harus ditutup kerana ia kes dendam?

Bagimanakah dengan bukti dan fakta kes yang ada?

Apakah yang ditakut sangat oleh kedua Tun? Jika tidak bersalah kenapa tidak mahu lawan sahaja didepan hakim dalam mahkamah?

Atau ada sesuatu yang kedua Tun sembunyikan yang rakyat tidak tahu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button