Eloklah Daim ‘Healing’ Dulu Dari Terus Membuat Dosa

Eloklah Daim 'Healing' Dulu Dari Terus Membuat Dosa

Eloklah Daim ‘Healing’ Dulu Dari Terus Membuat Dosa

Dalam keadaan uzur (tidak pasti benar-benar uzur atau tidak), Daim Zainuddin sempat menyerang dan membuat tuduhan liar terhadap kerajaan.

“Saya gesa kamu, rakyat Malaysia, buatlah apa yang kamu mampu untuk melindungi dan menyelamatkan negara ini”.

“Jangan teragak-agak dan hangan takut untuk berdepan Anwar dan rejimnya”.



“Musang berbulu ayam teriak reformasi, tetapi apa yang berlaku sebaliknya”.

“Kejujuran dan integriti serta tata kelola yang baik telah dilupakan”.

“Dan SPRM, Jabatan Peguam Negara serta LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dijadikan alat untuk mengejar musuh politik”.

“Adakah ini Malaysia baru yang dijanjikan?”.



“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai tuduhan politik terhadap saya”.

“Saya tidak bersalah dan berharap akan mendapat keadilan di mahkamah”.

“Tapi kini, kita berada dalam bayang-bayang pentadbiran yang menyalahguna kuasa, sambil mengkhianati segala janji-janji reformasi”.

“Akta seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Perhimpunan Aman digunakan terhadap pihak yang bersuara dan mengkritik kerajaan”.



“Kini saya mungkin tidak memiliki kekuatan fizikal lagi, tetapi keyakinan saya tidak goyah”.

“Saya tidak kisah tentang nasib saya sekarang, biarlah Anwar lakukan segala-galanya kepada saya, tetapi saya bimbang tentang nasib negara”.

“Kejahatan hanya akan beroleh kemenangan jika orang yang baik tidak melakukan apa-apa, Allah lebih mengetahui, dan anda tidak,” jelas Daim dalam kenyataan media.

Persoalan utama adalah, Anwar sudah menjadi perdana menteri lebih dari setahun.



Dan sebelum ini beberapa pemimpin politik pembangkang juga telah didakwa atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Mengapa ketika itu Daim hanya diam?

Adakah kerana marah diheret ke mahkamah maka Daim mula menyerang?

Penulis bersetuju, Allah SWT lebih mengetahui dan jangan lupa, Allah SWT juga mengetahui nilai dan bagaimana harta Ahmad Albab dikumpulkan.



Rasanya lebih baik Daim healing dulu dari terus menambah dosa fitnah.

 

Eloklah Daim ‘Healing’ Dulu Dari Terus Membuat Dosa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button