Evolusi Mata Daim Zainuddin

Evolusi Mata Daim Zainuddin

Evolusi Mata Daim Zainuddin

Hari Isnin (29 Januari 2024), mantan Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, secara rasmi telah mendaftar diri sebagai kluster mahkamah.

Beliau telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang merupakan kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

Sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun dan denda sehingga RM100,000.



Hakim Azura telah membenarkan ikat jamin RM280,000 ke atas Daim dengan seorang penjamin tanpa ada syarat tambahan sebagaimana yang diminta pihak pendakwaan.

Tetapi apa yang menjadi perhatian netizen dan rakyat Malaysia ialah keadaan Daim ketika tiba di mahkamah.

Daim dilihat menaiki kerusi roda dalam keadaan yang ‘sangat uzur’.

Lebih menarik perhatian netizen adalah keadaan mata kiri Daim Zainuddin.



Menurut peguambela yang mewakili Daim, M. Puravalen, sebelah mata Daim telah dijangkiti kulat dan terpaksa dibuang.

Persoalan yang bermain diminda adalah apakah pembuangan sebelah mata Daim dilakukan baru-baru ini atau ianya sudah lama dilakukan.

Penulis cuba mencari gambar-gambar lama Daim untuk membuat penilaian bagi mencari jawapan.

Secara perbandingan melalui beberapa gambar Daim, penulis membuat kesimpulan, prosedur pembuangan sebelah mata Daim bukanlah baru.



Dari gambar tahun 2018, penulis beranggapan Daim sebenarnya sudah menggunakan mata palsu sejak dari 2018.

Penulis mempunyai anak saudara sebelah isteri yang menggunakan mata palsu sejak berumur 8 tahun dan kini beliau berumur 13 tahun.

Penulis dimaklumkan, jangkitan kulat atau kuman adalah perkara biasa bagi pengguna mata palsu.

Dan kebiasaannya, sementara menunggu mata palsu yang baharu sampai, anak saudara isteri penulis akan mengeluarkan sendiri mata palsu beliau kerana sudah tidak selesa.



Apabila mata palsu yang baharu sampai, doktor akan membuat pemeriksaan saiz dan keadaan jangkitan mata yang hendak dimasukkan mata palsu baharu.

Dalam artikata lain, ianya bukanlah satu prosedur yang rumit, sama seperti menggantikan gigi palsu.

Jadi, semak dulu sebelum menuduh kerajaan bertindak tanpa perikemanusiaan.

Jangan biarkan diri kita terus diperdaya.



Evolusi Mata Daim Zainuddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button