Imran Khan dihukum penjara 10 tahun
Oleh – Syeikh Baran
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dihukum penjara 10 tahun hari ini, kurang dua minggu sebelum rakyat negara itu keluar mengundi dalam pilihan raya yang tuut disertai oleh partinya.
Imran dijatuhi hukuman itu di luar penjara Adiala di mana dia ditahan sejak penangkapannya pada Ogos tahun lalu.
Hukuman sama dijatuhkan terhadap Timbalan Presiden parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) , Shah Mehmood Qureshi yang berkhidmat sebagai menteri luar di bawah Imran.
“Bekas perdana menteri Imran Khan dan Timbalan Presiden PTI, Shah Mehmood masing-masing dihukum penjara 10 tahun,” kata seorang jurucakap parti itu kepada AFP.
Dakwaan terhadap Imran dan Shah Mehmood mempunyai kaitan dengan mereka membocorkan dokumen sulit.
Imran menjadi perdana menteri dari 2018 hingga 2022 apabila beliau disingkirkan menerusi undi tidak percaya di bawah sokongan tentera. – AFP
Sumber – KOSMO! ONLINE