Nama Najib Razak ‘trending’ di ‘X’ selepas Agong

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Nama Najib Razak 'trending' di 'X' selepas Agong

Nama Najib Razak semalam menjadi ‘trending’ di ‘X’ selepas berita mengenai DYMM Agong. Kisah pengampunannya dilaporkan oleh sebuah akhbar atas talian terkemuka.



Bagaimanapun, berita tersebut telah ditarik balik selepas pihak pengarang menyedari ‘sumber’ yang dipetik tidak dapat memberi pengesahan sebenar.

Hari ini satu sidang media akan diadakan Menteri di Kementerian Dalam Negeri dikatakan ada kaitan dengan berita pengampunan Najib Razak.

BERITA PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK DITARIK BALIK, AKHBAR MOHON MAAF

Rata-rata penyokong Najib dan Umno semalam menyambut baik ‘berita’ mengenai pengampunan namun akhirnya kecewa bila didapati ianya tidak sahih.



Nama Najib Razak 'trending' di 'X' selepas Agong

Netizen mengecam tindakan akhbar tersebut yang telah bertindak mendahului pengumuman rasmi dari Kerajaan.

Penganalisa serta pemerhati politik sudahpun mula membincangkan implikasi kepada politik tanahair terutama kepada imej dan kedudukan Umno.

Ada juga yang mengusik sekiranya Najib Razak bebas, maka laungan ‘Bossku’ akan mula menggegarkan politik tanahair sekali lagi.



Fenomena ‘Bossku’ sangat popular dan ianya dikatakan mampu menjadi laluan penghubung kepercayaan golongan muda untuk kembali menyokong Umno pada masa hadapan.

Keterujaan untuk pengampunan Najib Razak bukan sahaja ditunggu penyokong beliau dari satu kaum sahaja, tetapi mereka yang satu ketika pernah ‘membenci’ Najib Razak juga mahukan beliau kembali bagi memulihkan ekonomi negara.

Terkini, ada laporan dari sebuah portal berita menyatakan kemungkinan tiada sebarang pengumuman seperti dirancangkan oleh Kementerian Dalam Negeri hari ini kerana enggan merencatkan suasana pelantikan KYDMM Agong Ke-17 hari ini.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button