Wahai Azmin Yang Bijaksini, Masakan Bangkai Gajah Boleh Di Tutup Dengan Dulang

Wahai Azmin Yang Bijaksini, Masakan Bangkai Gajah Boleh Di Tutup Dengan Dulang

Wahai Azmin Yang Bijaksini, Masakan Bangkai Gajah Boleh Di Tutup Dengan Dulang

Azmin Ali berkata konspirasi untuk memecah-belahkan PPBM gagal selepas semua kepimpinan menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yasin.

“Usaha musuh yang berkonspirasi untuk memecah keutuhan Bersatu telah gagal dan berkecai”.

“Kami tetap bersatu, MPT bersidang dan mengulangi ikrar dan tekad kami untuk meneruskan perjuangan keramat ini demi umat dan negara”.



“MPT sebulat suara mendukung dan mempertahankan kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden dan pengerusi PN”.

“Bersatu akan terus membicara soal kos sara hidup dan inflasi”.

“Kami membawa penyelesaian untuk menangani masalah harga barang yang terlalu mahal”.

“Ketiadaan bekalan beras tempatan, kadar tarif elektrik, dan air yang melambung,” kata Azmin.



Penulis tertanya-tanya, kenapa pula Azmin tiba-tiba kekluarkan kenyataan mengenai adanya konspirasi memecah belahkan PPBM.

Siapa pula yang berminat untuk memecah belahkan PPBM yang kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Azmin tidak perlu risau kerana rakyat Malaysia masih lagi berperikemanusiaan.

Kami tidak akan menyerang atau menindas orang yang sudah lemah.



Tetapi sepanjang pengetahuan penulis, tidak ada siapa pun yang membuat kospirasi yang didakwa Azmin.

Realitinya, PPBM sememangnya sudah berpecah dan tidak perlu dipecahkan.

Pengguguran Timbalan Presiden PPBM, Ah mad Faizal Azumu (Peja) sebagai Pengerusi PPBM Negari Sembilan, rasanya sudah cukup menggambarkan keadaa PPBM sekarang.

Bagaimana orang kuat presiden boleh digugurkan dari jawatan yang pemting seperti itu?



Dalil yang lebih kuat lagi ialah ahli parlimen PPBM kini seorang demi seorang mula memberikan sokongan kepada kerajaan.

Penulis percaya, sekiranya tidak ada Akta Anti Lompat Parti, sudah pasti mereka sudah mengisytiharkan keluar PPBM.

Lebih menguatkan lagi hujah, adalah rancangan PPBM untuk meminda perlembagaan parti supaya tindakan undang-undang boleh diambil kepada ahli parlimen yang beralih sokongan.

Mengapa baharu sekarang mahu pinda perlembagaan parti?



Kerana khabarnya, akan ada lagi ahli parlimen PPBM yang akan mengubah sokongan.

Kenapa mereka mahu mengubah sokongan?

Kerana sudah tidak ada keyakinan pada kepimpinan.

Mengapa?



Kerana takut bini!!!

Wahai Azmin Yang Bijaksini, Masakan Bangkai Gajah Boleh Di Tutup Dengan Dulang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button