Apa Khabar Tun M?

BApa Khabar Tun M

Apa Khabar Tun M?

Alhamdulillah, semalam telah sempurna istiadat mengangkat sumpah jawatan dan pemasyhuran Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai SPB YDP Agong ke XVII.

In Sya Allah, baginda akan bertakhta sebagai YDP Agong ke XVII selama 5 tahun bermula semalam.

Dalam mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, SPB YDP Agong adalah Ketua Negara dan kedudukan baginda di dalam hierarki pentadbiran, kedudukan baginda adalah teratas.



Jangan kita lupa, baginda juga adalah sultan yang memerintah negeri Johor dan jajahan takluknya.

Sudah pasti lebih 30 juta rakyat Malaysia merasa gembira kerana mendapat seorang YDP Agong yang tegas dalam pentadbiran tetapi berjiwa rakyat.

Namun, di sebalik kegembiraan rakyat Malaysia, ada juga yang kini sedang mengeluarkan peluh jantan.

Antaranya adalah mantan perdana menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir.



Sejak menjadi perdana menteri kali pertama hingga kali kedua, hubungan Dr Mahathir dengan Istana Johor sentiasa tegang.

Pertembungan antara Dr Mahathir dengan Istana Johor bukan sahaja terjadi dengan Sultan Ibrahim sekarang.

Malah dengan Almarhum ayahanda baginda Almarhum Sultan Iskandar juga berlaku beberapa ketegangan.

Cuba kita recap balik ketegangan hubungan antara Dr Mahathir dengan Istana Johor.



Insiden Prebet Adam Mengamuk Di Jalan Chow Kit

Masih ingat kisah prebet Adam Jaafar yang mengamuk di Jalan Chow Kit pada tahun 1987?

Sebenarnya prebet Adam mengamuk kerana tekanan perasaan akibat kena buli ketika rekrut.

Tetapi dengan tidak semena-mena, amukan prebet Adam dikaitkan pula dengan Almarhum Sultan Iskandar yang menjadi YDP Agong ketika itu.

Kononnya prebet Adam mengamuk kerana adik beliau telah dipukul hingga mati dengan kayu golf oleh Almarhum Sultan Iskandar.



Apa kaitannya dengan Dr Mahathir?

Ada teori yang mengatakan cerita tersebut sengaja disebarkan sebagai persediaan Dr Mahathir mahu meminda perlembagaan mengenai kekebalan Raja Raja Melayu.

Naratif kepentingan pindaan perlembagaan tersebut terlebih dahulu hendak ditanamkan di minda rakyat sebelum pindaan dibuat.

Insiden 1992

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pernah mengimbas kembali bagaimana buruknya layanan kerajaan pimpinan Dr Mahathir ke atas kerabat Johor ketika itu.



“Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992”.

“Bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan”.

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor”.

“Ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang”.



“Bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana Johor”.

“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura”.

“Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci”.

“Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab”.

Isu Pulau Batu Puteh Pasti Akan Menghambat Dr Mahathir

Sangat jelas, isu yang pasti akan dibangkitkan oleh Sultan Ibrahim sebagai YDP Agong ke XVII adalah isu kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Isu Pulau Batu Puteh sepatutnya dirujuk kepada Sultan Johor ekoran membabitkan kedaulatan tanah jajahan negeri berkenaan sebelum sebarang keputusan dilakukan.

Tetapi kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir ketika itu tidak merujuk baginda dalam keputusan berhubung isu tuntutan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).

Akibatnya, keputusan yang telah dilakukan kerajaan terdahulu telah membuatkan pulau berkenaan menjadi milik Singapura selama-lamanya.

Sebagai raja yang memerintah negeri Johor dan jajahannya, sudah tentu baginda murka.

Tidak hairan, tanpa berselindung, baginda menzahirkan isu kehilangan Pulau Batu Puteh akan baginda berikan keutamaan sebaik sahaja baginda menjadi YDP Agong ke XVII.

Sebenarnya banyak lagi isu lama antara Dr Mahathir dengan Istana Johor.

Apa yang penulis catatkan hanya sebahagian sahaja.

Jadi, apabila Sultan Ibrahim kini sudah rasmi ditabalkan sebagai DYMM SPB YDP Agong ke XVII, Dr Mahathir kenalah jaga kesihatan baik-baik.

Tidak begitu Tun…

Apa Khabar Tun M?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button