Hassan Karim tidak perlu campur urusan UMNO
Oleh – Bakhtiar Omar
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim sewajarnya tidak perlu mencampuri urusan UMNO terutama membabitkan kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno.
Apa keperluan Hassan meminta agar Zahid digantikan dengan muka baru? Adakah beliau sebenarnya mewakili PKR untuk meminta Zahid berundur?
Samada sengaja atau tidak, sebenarnya kenyataan Hassan akan mengeruhkan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan secara langsung.
Umno akan melihat kenyataan beliau merupakan ‘suara dalaman’ PKR yang tidak dizahirkan secara langsung kerana takut runtuhnya Kerajaan Perpaduan.
Ada spekulasi mengatakan Hassan sebenarnya mencipta naratif membantu Perikatan Nasional merealisasikan ‘tebuk atap’ yang sudah diusahakan berkali-kali.
Bagi menjamin penguasaan Anwar dalam Kerajaan, Umno perlu dilemahkan secara langsung dan tidak langsung.
Jika mereka (PKR) membenarkan Umno membina semula kekuatan, dikhuatiri pada PRU16 kelak, BN (umno) akan memilih untuk bergerak solo dan meletakkan 222 calon di seluruh negara.
Ini sudah pasti akan merugikan Pakatan Harapan yang kini bergantung kepada sokongan BN (Umno) untuk terus menguasai Putrajaya.
Presiden Parti Keadilan Rakyat-PKR sewajarnya menasihati Hassan agar tidak membuat kenyataan yang mengeruhkan suasana dalam Kerajaan.
Namun demikian, permainan politik merupakan seni untuk mengekalkan kuasa dan musuh boleh menjadi kawan pada bila-bila masa asalkan ada keuntungan buat keduanya.
Prinsip kerjasama politik dua buah parti yang bermusuh sejak sekian lama dikhuatiri tidak akan bertahan lama dengan ‘kenyataan bodoh’ oleh segelintir ahli politik.
Luka boleh sembuh namun parut tetap kekal dan tidak mustahil boleh kembali berdarah jika tidak dijaga dengan baik. Begitu juga hubungan BN-PH sebagai sebuah kerajaan.
BN tidak rugi apa-apa kecuali kembali menjadi pembangkang sekiranya Ahli PKR terus-terusan mencampuri urusan dan mahu Umno mengikut telunjuk mereka.
HASSAN TIDAK BERANI MINTA RAFIZI DIGANTIKAN BILA PRESTASI ‘FORMULA’ MENGECEWAKAN
Jika Hassan benar-benar mahu reformasi kerajaan direalisasikan, beliau sepatutnya menggesa agar Rafizi Ramli ditukarkan berikutan prestasi yang mengecewakan.
Tetapi Hassan sebaliknya tidak berani mengkritik pemimpin PKR yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam kabinet dan menjadikan Umno sebagai sasaran.
“What has (economy minister) Rafizi Ramli done for the people’s economy apart from introducing the central database hub (Padu),”
“Don’t forget, the Sarawak premier also made negative comments about the education minister from PKR. Why is Hassan silent (on this)?” – Puad Zarkashi – 31/1/2024
Jika disebut mengenai kelemahan, Hassan sepatutnya bersyukur kerana adanya Menteri dari Umno yang jauh lebih berpengalaman untuk bersama mentadbirurus kerajaan dan negara.
Jangan lupa, Pakatan Harapan pernah menerajui negara pada 2018 dan segalanya hancur baik dari sudut ekonomi, sosio politik dan banyak lagi jika ditulis semula.
Hassan sendiri ketika itu tidak berani mengkritik Tun Mahathir dan meminta agar Mahathir melepaskan jawatan dalam BERSATU untuk memberi laluan kepada muka baru.
Sikap “Double Standard” Hassan merupakan antara titik-titik perpecahan hubungan BN(Umno) dengan Pakatan harapan. Salahkan beliau jika para penyokong Umno (BN) mula mengkritik Anwar Ibrahim secara terbuka dan mahu kerajaan sekarang ditukarkan.