Kenapa Rakyat Hendak Di Jadikan Benteng Untuk Pertahankan Kemewahan Daim

Kenapa Rakyat Hendak Di Jadikan Benteng Untuk Pertahankan Kemewahan Daim

Kenapa Rakyat Hendak Di Jadikan Benteng Untuk Pertahankan Kemewahan Daim

Daim cuba hasut rakyat supaya tumbangkan kerajaan yang kini dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Persoalannya, mengapa rakyat hendak dijadikan benteng untuk pertahankan kesenangan dan kemewahan yang berdekad beliau nikmati?

Almarhum Tunku Abdul Rahman pernah mendedahkan bagaimana Dr Mahathir telah memburukkan dirinya kepada orang Melayu.



Dr Mahathir menuduh Tunku telah beri peluang orang Cina berkuasa (sayu mendengar rakaman luahan Tunku terhadap Dr Mahathir).

Kata Tunku dia berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu ini untuk orang Melayu merasai erti kemerdekaan.

Namun kerana Dr Mahathir menyebarkan ribuan risalah kepada orang Melayu, membuatkan orang Melayu percaya tuduhan tersebut.

Modus operandi Dr Mahathir terhadap Anwar kali ini pun sama.



Beliau bangkitkan sentimen Melayu terpinggir sehingga orang Melayu (ahli & penyokong Pas) diperdayakan untuk turun ke pintu istana kerana kononnya Melayu terancam.

Anak-anak dan kawan-kawan Dr Mahathir kaya raya, tetapi rakyat diminta berjemur di tengah panas untukk berdemontrasi dengan menggunakan duit poket sendiri.

Sebenarnya Melayu tidak terancam tetapi keluarga dan dirinya sendiri yang sedang terancam.

Inilah penipuan kapitalis dalam memperhambakan rakyat yang berfikiran hamba bagi menutup pengumpulan kekayaannya.



Modus Operandi Mahathir Di Gunakan Daim

Hari ini Daim Zanuddin memainkan isu yang sama menyuruh rakyat (orang Melayu) bangkit menentang kerajaan.

Apa salah kerajaan sekarang?

Semua kes rasuah SPRM yang dakwa kenapa kerajaan dipersalahkan?

Jika begitu tutup sahaja SPRM.



Buat akta khas kes rasuah hanyalah kes minta duit tepi jalan dan minta duit perlindungan dekat pendatang haram.

Yang lain itu anggap komisen atau sedekah.

Adakah Daim bercakap kepada dirinya sendiri (musang berbulu ayam)?

Isunya mudah, mengapa beliau tidak sanggup mengistiharkan puluhan atau ratusan aset dan perniagaannya yang bernilai billion ringgit itu?



Mengapa ingin heret rakyat dalam soal ini?

Kamu sekeluarga kaya raya jadi billionaire tiba-tiba rakyat miskin cuba dihasut untuk diri kamu terlepas.

Kapitalis besar dan kapitalis kecil berada di keliling kita.

Merekalah yang menghasut tentang bil elektrik, tentang ringgit, tentang cukai, tentang pencen dan semua ini dilakukan untuk kepentingan peribadi mereka.



Orang Melayu mesti bersama-sama kerajaan untuk melawan korupsi.

Ia bukan soal politik tapi ia soal kepentingan rakyat.

Jangan biarkan rakyat jadi benteng kepada kapitalis dan politikus yang hanya mengkayakan diri mereka dan keluarga.

Enough is enough!!!

Kenapa Rakyat Hendak Di Jadikan Benteng Untuk Pertahankan Kemewahan Daim

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button