Siapa Yang Bakal Gantikan Sanusi Sebagai MB

Siapa Yang Bakal Gantikan Sanusi Sebagai MB

Siapa Yang Bakal Gantikan Sanusi Sebagai MB

Sanusi telah memohon penangguhan sementara menunggu notis usulnya untuk memindahkan kes menghasut yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Selayang.

Sanusi memohon supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau tahu, kalau diputuskan bersalah, jawatan MB Kedah dan kerusi ADUN beliau perlu dikosongkan.



Ini kerana, kalau sabit kesalahan, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, hukuman denda sehingga RM 5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali, boleh dikenakan.

Menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, individu itu akan hilang kelayakan apabila mereka dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atau lebih atau denda tidak kurang daripada RM2,000.

Sebab itu Sanusi cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini.

Kerana saat dia terbukti bersalah, dia sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pejabat MB Kedah dan DUN Jeneri.



Pun begitu, pihak pendakwaan telah menolak permohonan penangguhan Sanusi.

Kerana pihak pendakwaan sedar ini adalah sekadar cubaan Sanusi untuk melengahkan perbicaraan.

Sanusi telah didakwa pada Julai 2023.

Dia mempunyai enam bulan untuk mengfailkan notis usul tersebut.



Dokumen pula telah diserahkan pada 4 Oktober 2023, malah dokumen yang diberikan bukan banyak, hanya 11 dokumen sahaja.

Hairan juga melihatkan kerenah Sanusi.

Kalau waktu ceramah, punya takbur dan riak, kata tak bersalah, tidak takut untuk didakwa.

Tapi bila hendak dibicarakan, sudah mula terkucil.



Nak lari sana sini, gunakan seribu satu helah untuk melambat-lambatkan proses mahkamah.

Malah lagi nampak pengecut, saksi semua sudah dipanggil.

Apa keperluan hendak dibawa ke Mahkamah Tinggi, takkan nak panggil saksi kali ke dua?

Kesalahan Sanusi bukan kesalahan kecil.



Kesalahan Sanusi menghina Sultan, takkan orang PAS yang sangat menjulang Islam dan sistem beraja boleh biarkan sahaja?

Cubaan Sanusi ini adalah satu penghinaan kepada institusi mahkamah.

Kesucian mahkamah tidak boleh dicemarkan sebegini rupa.

Keadilan yang dilambatkan, adalah keadilan yang dinafikan.



Persoalan paling menarik, siapakah antara ADUN PAS yang kini sudah berangan-angan hendak menjadi MB Kedah?

Siapa Yang Bakal Gantikan Sanusi Sebagai MB

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button