Erra Fazira takkan berebut anak dengan bekas suami

Oleh – Syeikh Baran


Erra Fazira takkan berebut anak dengan bekas suami
ERRA memaklumkan, dia dan bekas suami Engku Emran sangat bertolak-ansur apabila melibatkan urusan penjagaan anak mereka, Engku Aleesya.

Enggan puteri kesayangan Engku Aleesya kurang kasih sayang ibu bapa, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui dia dan bekas suami, Engku Emran sanggup bertolak-ansur demi kebahagiaan anak mereka.

Erra atau nama sebenarna, Fazira Wan Chek berkata, dia tidak mahu anaknya itu merasai nasib sama sepertinya yang tidak menerima kasih sayang seorang ayah sejak kecil.



“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.

“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” kata Erra, 50, kepada Kosmo! Online.

Menyedari isu perebutan anak yang berlaku dalam kalangan pasangan selebriti, Erra berkata, seorang antara ibu atau bapa hendaklah mengalah dan menurunkan ego agar tidak memberi kesan buruk terhadap anak mereka.

Malah, kata pelakon yang diberi julukan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu, kemelut dalaman rumah tangga atau keluarga tidak perlu dicanang dalam media sosial.



“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai tiga tahun kemudian.

Kemudian, dia bertemu jodoh pula dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Namun, bahtera rumah tangga yang dibina tidak kekal lama apabila mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading