12 tahun dikurung suami
Oleh – Syeikh Baran
Seorang wanita di negeri Karnataka, selatan India mendakwa dia dikurung oleh suaminya di dalam rumah mereka selama 12 tahun, lapor laman berita Wion News semalam.
Wanita itu berusia dalam lingkungan 30-an dan berasal dari bandar Mysuru, negeri Karnataka. Dia berkahwin dengan suaminya sejak 12 tahun lalu.
“Sudah 12 tahun kami berkahwin. Dia selalu mengurung saya di dalam rumah dan menyiksa saya. Tiada siapa di kejiranan kami yang berani melawannya.
“Anak saya bersekolah tetapi mereka akan kekal berada di luar rumah sehingga suami saya pulang dari kerja. Saya akan memberi mereka makanan melalui tingkap,” katanya.
Sementara itu, seorang pegawai polis memaklumkan bahawa wanita itu hanya dikurung selama dua hingga tiga minggu sahaja. Mangsa merupakan istri ketiga yang dikahwini lelaki berkenaan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE