UMNO teruskan usaha pembelaan Najib Razak
Oleh – Bakhtiar Omar
UMNO akan teruskan usaha agar Dato Sri Najib Razak dapat pembelaan sewajarnya.
Demikian menurut Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki semasa ditemui selepas pertemuan bersama Ketua Bahagian Umno seluruh negara di WTC Kuala Lumpur.
Beliau menegaskan Umno akan terus memohon dan merayu kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke-17.
Ditanya berkaitan dengan kenyataan Tony Pua, Asyraf berkata, laporan polis akan dibuat terhadap Pua dalam tempoh terdekat.