Caj parkir naik di Paris
Oleh – Syeikh Baran
Orang ramai bersetuju mengenai cadangan menaikkan kadar bayaran parkir untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) di Paris, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.
Langkah tersebut akan menyaksikan caj parkir kenderaan berat 1.6 tan atau lebih besar, meningkat tiga kali ganda berbanding bayaran semasa.
Caj baharu itu akan menyaksikan bayaran parkir SUV di Paris adalah sebanyak €18 (RM92) sejam.
Langkah itu bagaimanapun terhad kepada penduduk dari kawasan lain yang memasuki pusat bandar Paris.
Menurut Hidalgo, SUV adalah berbahaya dan dan mengancam alam sekitar. Ia dipersetujui oleh aktivis-aktivis alam sekitar yang berpendapat bahawa SUV menggunakan lebih banyak bahan api dan lebih banyak pelepasan asap. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE