Laman sesawang, sistem emel presiden Filipina cuba digodam

Oleh – Syeikh Baran


Laman sesawang, sistem emel presiden Filipina cuba digodam
Penggodam yang beroperasi di China cuba menceroboh laman sesawang dan sistem emel presiden Filipina serta agensi kerajaan yang mempromosikan keselamatan maritim, namun gagal, kata seorang pegawai kementerian maklumat dan komunikasi, hari ini. – Foto fail REUTERS

Penggodam yang beroperasi di China cuba menceroboh laman sesawang dan sistem emel presiden Filipina serta agensi kerajaan yang mempromosikan keselamatan maritim, namun gagal, kata seorang pegawai kementerian maklumat dan komunikasi, hari ini.

Peti mel Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (DICT), laman sesawang National Coast Watch dan laman web peribadi Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr adalah antara sasaran operasi penggodaman yang gagal itu pada Januari, kata jurucakap DICT, Renato Paraiso kepada radio DWPM.



“Kami tidak mengaitkan ini dengan mana-mana negara. Bagaimanapun dengan menggunakan alamat protokol internet, kami ditunjukkan ke China,” kata Paraiso selain memaklumkan penggodam dikesan menggunakan perkhidmatan Unicom milik negara China.

“Kami merayu kepada kerajaan China untuk membantu kami mencegah serangan selanjutnya.”

Unicom dan kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Serangan siber yang berjaya ditangkis itu berlaku ketika tempoh ketegangan yang meningkat dengan China, sebahagian besarnya mengenai wilayah yang dipertikaikan di Laut China Selatan.



Filipina sedang mengusahakan strategi keselamatan siber selama lima tahun untuk meningkatkan pertahanan sibernya bagi memerangi serangan dan jenayah digital.

Tenteranya pada tahun lalu mengumumkan, ia akan mewujudkan sebuah pusat arahan siber.-REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button