44 terbunuh dalam pengeboman berani mati di Pakistan
44 terbunuh dalam pengeboman berani mati di Pakistan

Peshawar: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera dalam pengeboman berani mati di perhimpunan politik sebuah parti Islam terkemuka di barat laut Pakistan, semalam.
Letupan itu menyasarkan parti Jamiat Ulema-e-Islam-F (JUI-F) iaitu rakan gabungan kerajaan diketuai ulama terkenal yang berpengaruh, ketika ratusan penyokong berkumpul di bawah kanopi di bandar Khar, berhampiran sempadan Afghanistan.
“Khemah itu runtuh di satu bahagian, memerangkap orang yang bermati-matian cuba melarikan diri,” kata Abdullah Khan, yang cuba membantu mangsa.
Penyokong parti, Sabeeh Ullah, 24, yang patah lengan akibat letupan itu berkata, skala kecederaan amat mengerikan.
“Saya mendapati diri saya terbaring di sebelah seseorang yang kehilangan anggota badan. Udara dipenuhi dengan bau daging manusia,” katanya kepada AFP melalui panggilan telefon.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najif Razak sindir penyokong “Bossku” yang ambil kesempatan sempena PRN
- 10 EXCO Kedah Di Panggil SPRM Berkaitan Isu REE, Rakyat Kedah Mengamuk
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
Ketika jumlah korban terus meningkat, menteri kesihatan wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Riaz Anwar berkata, 44 orang disahkan terbunuh dan lebih 100 orang cedera.”Ia adalah serangan berani mati, dengan pengebom itu meletupkan dirinya dalam jarak dekat dengan pentas,” katanya kepada AFP.
Media Pakistan berkata, terdapat kira-kira 400 orang di dalam khemah itu ketika letupan berlaku dan beberapa petugas kecemasan dikerah ke tempat kejadian.
Imej tapak letupan yang tersebar di media sosial menunjukkan mayat berselerak dan sukarelawan membantu mangsa yang berlumuran darah ke ambulans.
Perhimpunan kebangsaan Pakistan akan dibubarkan dalam beberapa minggu lagi, menjelang pilihan raya yang dijangka pada Oktober atau November, dengan parti politik sudah bersedia untuk berkempen.
Letupan itu berlaku ketika lawatan delegasi kanan China termasuk Naib Perdana Menteri He Lifeng ke negara itu. Delegasi tiba lewat petang Ahad.
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengutuk letupan itu dan mengucapkan takziah kepada mangsa, serta berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun bahagian tempatan kumpulan Islamic State (IS) ada melakukan serangan terhadap JUI-F, baru-baru ini.
44 terbunuh dalam pengeboman berani mati di Pakistan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?
- Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
- Nizar Najib ingatkan ‘penunggang’ usah guna nama Najib Razak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :