AS$10 juta untuk maklumat pemimpin ‘ransomware’ Hive
Oleh – Syeikh Baran

Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran mencecah AS$10 juta untuk maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti atau lokasi pemimpin utama kumpulan jenayah terancang ‘ransomware’ dikenali sebagai ‘Hive’.
“Varian ‘ransomware’ Hive menyasarkan mangsa di lebih 80 negara, termasuk AS,” menurut Jabatan Negara dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, sejak akhir Julai 2022, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah menembusi rangkaian komputer Hive serta memperoleh kunci nyahsulit terhadapnya.
“Ia telah ditawarkan kepada mangsa di seluruh dunia, sekali gus mencegah mangsa daripada terpaksa membayar hingga AS$130 juta wang tebusan yang dituntut,” katanya. – REUTERS
Sumber – BERITA HARIAN