Memori Tercipta darjah 6, ‘banjir’ satu sekolah

Oleh – Syeikh Baran


Memori Tercipta darjah 6, ‘banjir’ satu sekolah
Tangkap layar video tersebut.

“Di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita, mungkin di sini kita kan terpisah, kenangan bersama tiada ku lupa.”

Bait lagu Memori Tercipta nyanyi Shila Amzah menjadi tular pada hari terakhir persekolahan hari ini apabila satu klip video nyanyian semula oleh murid darjah enam di sebuah sekolah di Bintulu, Sabah mendapat perhatian ramai.



Melalui video tular di laman sosial itu, difahamkan murid tahun enam sekolah tersebut dikumpulkan dan menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai bersama guru-guru mereka.

Video tersebut juga berjaya meruntun hati orang ramai apabila melihat reaksi murid-murid terlibat yang menangis serta berpelukan bersama guru masing-masing ketika hari terakhir persekolahan di sekolah rendah sebelum menginjak ke tingkatan satu pada Mac nanti.

Penyanyi asal lagu tersebut, Shila Amzah turut meninggalkan komen serta nasihatnya kepada semua murid terlibat menyanyikan lagu tersebut.

“Semoga adik-adik semua berjaya dunia dan akhirat, jadikan kenangan sekolah pemangkin semangat untuk lalui menjadi dewasa kelak, love this,” tulis Shila.



Rata-rata orang ramai juga senada dengan penyanyi tersebut dan ada juga yang menyifatkan barisan guru di sekolah terbabit ‘pandai’ bermain emosi anak-anak murid mereka.

“Bagi aku video ni paling terasa, nyanyian adik-adik ni penuh emosi. Tahniah guru terlibat, memori tercipta buat kalian sumua,” ujar Dyana Ahmad.

“Sedih pula aku tengok, ini mesti banjir sekolah ni. Belajar elok-elok di sekolah menengah nanti.

Lagu Memori Tercipta merupakan sebuah lagu yang sering menjadi pilihan dalam setiap majlis perpisahan ketika ini.



Sebelum ini, lagu Sahabat Sejati nyanyi kumpulan nasyid tempatan, The Brothers turut menjadi pilihan pelbagai pihak sebagai lagu perpisahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading