Mengaku bersalah tawar, beri rasuah RM250

Oleh – Syeikh Baran


Mengaku bersalah tawar, beri rasuah RM250
Usman (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini bagi dituduh menawar dan memberikan rasuah kepada seorang anggota polis di Seremban pada 6 Februari lalu. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Seorang warganegara Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini hari ini atas pertuduhan menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah RM250 kepada anggota polis pada 6 Februari lalu.

Tertuduh, Usman dengan nombor pasport C1138115 membuat pengakuan tersebut selepas jurubahasa membacakan kertas pertuduhan di hadapan Hakim, Mohamad Kamil Nizam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang beralamat di Kampung Chenor, Kuala Klawang, Jelebu telah secara rasuah memberikan suatu suapan iaitu wang tunai RM250 kepada seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Hishammuddin Jalaluddin yang bertugas di Balai Polis Sikamat di sini.



Ia sebagai dorongan kepadanya untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubung hal ehwal prinsipnya supaya tidak diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada tertuduh yang didapati melakukan kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

Perbuatan itu dilakukan di Balai Polis Sikamat dalam daerah Seremban kira-kira pukul 6.20 petang pada 6 Februari lalu.

Pegawai Pendakwa SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali berkata, pihak pendakwaan tidak menawarkan wang jaminan kepada tertuduh dan memohon satu tarikh kepada mahkamah untuk sabitan.

Mohamad Kamil kemudiannya menetapkan tarikh 14 Februari depan untuk sebutan kes jatuh hukum terhadap tertuduh.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker