Tahanan lolos tinggal 30 orang lagi diburu

Oleh – Syeikh Baran


Tahanan lolos tinggal 30 orang lagi diburu
Antara tahanan yang berjaya ditahan.

Pihak berkuasa telah berjaya menangkap seramai 99 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor setakat hari ini dengan 30 orang lagi masih diburu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah tahanan yang ditangkap oleh polis seramai 73 orang sementara imigresen 26 orang.

“Jumlah keseluruhan tahanan yang lolos ialah 131 tahanan dengan dua tahanan mati kerana kemalangan jalan raya. Baki tahanan yang melepaskan diri sejak Khamis, 1 Februari lalu ialah 30 orang,” katanya.



Operasi mengesan tahanan lolos depot yang masih bebas telah memasuki hari kesembilan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button