2 pelayar warga asing terkandas 10 jam di laut

Oleh – Syeikh Baran


2 pelayar warga asing terkandas 10 jam di laut
Kapal layar dinaiki dua pelayar asing yang mengalami kebocoran di perairan muara Jepak. – Foto ihsan Maritim Malaysia

Dua warga asing terkandas kira-kira 10 jam di laut selepas kapal layar dinaiki mereka mengalami kebocoran di kawasan perairan muara Jepak awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Mohd Iszuadi Muhamad Hassan dalam kenyataannya mengesahkan dua mangsa membabitkan wanita warga China, Wang Zhenzhen, 32 dan rakan lelakinya, Jiang Peng, 39, berasal dari Saint Kitts and Nevis.



Katanya, sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Bot Kilat 44 dikejarkan ke lokasi sejurus menerima makluman daripada Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching yang dihubungi Zhenzhen pada jam 4.23 pagi,” jelasnya.

“Hasil maklumat awal diterima, kapal layar itu berada pada kedudukan 1.5 batu nautika dari Tenggara Muara Jepak, yang mana sedang bergerak dari arah Pelabuhan Bintulu menuju Lungsod Ng Bacolod di Filipina.

“Maritim Malaysia Bintulu mengaktifkan Op Carilamat kapal layar Suntess dan sebaik tiba, pasukan menjumpai kapal terbabit tersadai di tengah laut dengan kedua-dua mangsa selamat.

“Pasukan kemudian membantu mengepam air keluar dari badan kapal bagi mengelakkannya tenggelam sebelum ia diiring Bot Kilat 44 menuju Jeti PGM Jepak dan sampai di sana jam 2 petang,” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button