Bekas pelajar ‘kantoi’ curi tabung surau kolej

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pelajar 'kantoi' curi tabung surau kolej
Gambar hiasan

Tindakan seorang bekas pelajar sebuah kolej di sini mencuri wang tabung surau milik institut pengajian terbabit membawa padah apabila dicekup pada malam Sabtu.

Suspek berusia 18 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam selepas kegiatannya itu disedari guru di kolej terbabit yang menerima notifikasi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).



Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, tangkapan dibuat susulan laporan daripada pengadu yang juga guru di kolej terbabit.

“Pengadu kemudian menghubungi pengawal keselamatan yang bertugas untuk tindakan awal dan berjaya menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah segera ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan bekas pelajar dan hasil pemeriksaan mendapati wang tunai berjumlah RM228.20 ditemui di dalam beg suspek dipercayai dari tabung yang diumpilnya.



“Turut dirampas tabung surau dan alat yang digunakan oleh suspek untuk mengumpil tabung tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button