Sembang Kari Haji Hadi


Sembang Kari Haji Hadi

Sembang Kari Haji Hadi

Sebelum penulis mengupas mengenai sembang kari Hadi and the gang dalam isu pemansuhan Enakmen Kanun Syariah Kelantan, kita tenguk dulu apa kata Muhyiddin.

Muhyiddin dakwa, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan, beberapa kesalahan Syariah tidak lagi jadi kesalahan di Kelantan.

Kalau Muhyiddin berani, datanglah ke Kelantan dan langgar 16 kesalahan it.



Kerana di bawah Akta Sivil, dia boleh dihukum lebih berat hingga 30 tahun penjara berbanding Enekmen Syariah 3 tahun maksimum.

Muhyiddin kata dengan precedent kes Nik Elin, Enekmen Jenayah Syariah di Negeri lain boleh juga dicabar.

Tapi dia lupa, precedent kes Iki Putra (2021) era beliau, pesalah boleh cabar undang-undang Syariah jika didakwa?.

Kenapa Muhyiddin tidak bertindak langsung?



Mungkin sebab dia sibuk agih projek runding terus Jana Wibawa 92.5 bilion, mungkinlah…🤫🤫🤫

Sembang Kari Hadi & The Gang Yang Telah ‘Sekularkan’ Negara

 

Bila timbul isu pemansuhan Enakmen Kanun Jenayah Syarih Kelantan, Hadi & The Gang bising.

Kononnya, merekalah terpaling Islam di Malaysia.



Merekalah yang terpaling tegar untuk memertabatkan undang-undang syariah Islam di Malaysia.

Tapi kalau mengikut fakta sejarah, bila diberi ruang dan peluang untuk pinda RUU 355, pelbagai alasan diberikan.

Berbalik kepada isu pemansuhan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Isunya satu kesalahan yang sama, boleh dihukum dengan dua undang-undang berlainan, dua sistem keadilan berlainan.



‘Syariah’ sangat ke keadaan ini?

Inikah keadilan yang Islam hendakkan?

Hal yang PAS dakwa ‘syariah’ itupun hanyalah Undang Undang Takzir (EKJSK1) yang mana tiada dalil hukuman yang spesific seperti Hudud dan Qisas (EKJSK2).

Hukuman Takzir ‘difatwa’ oleh pemerintah berdasarkan maslahah sama seperti majoriti Undang Undang Sivil.



Banyak Undang Undang Sivil yang jaga maslahah manusia dan penuhi kehendak syariah walaupun tidak dicop syariah.

Contohnya akta berkait rasuah, undang-undang jalanraya dan lain-lain.

Sebelum Nik Elin cabar 16 sekysen EKJSK1 itu pun, berita-berita di Kelantan melaporkan kadar jenayah sedang meningkat naik.

Antara yang dilaporkan:



Syariah bukan terbatas kepada undang-undang sahaja.

Kalau setakat sembang kari dengan menunggang isu undang-undang syariah, ummah akan hancur.

Buat polisi untuk capai kesejahteraan masyarakat melalui pembangunan, ekonomi, pendidikan, pembinaan sosial juga syariah.

Sembang Kari Haji Hadi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button