Zii Jia akan ke Thailand untuk berlatih
Oleh Pena Merah
Selepas Korea Selatan, pemain perseorangan lelaki profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berkemungkinan besar akan ke Thailand bagi meneruskan program latihannya di luar negara.
“Selepas Korea, mungkin kita pilih negara lain pula. Saya mahu bagi Zii Jia belajar berlatih dalam suasana yang berbeza.
“Sebelum ini, Loh Kean Yew (perseorangan Singapura) ada pergi ke Thailand dan berlatih bersama perseorangan negara itu Kunlavut Vitidsarn (juara dunia).
“Jadi, kami pun mungkin boleh ke sana untuk Zii Jia berlatih dengan Kunlavut kerana saya juga mengenali jurulatih di Thailand,” kata Tat Meng.
Sebelum ini, Zii Jia yang juga bekas juara Seluruh England menghabiskan masa selama 11 hari dari 31 Januari hingga 9 Februari menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Korea di pusat latihan Persatuan Badminton Korea (BKA) di Jincheon.
Mengulas mengenai latihan di Korea, Tat Meng, berkata dia gembira kerana Zii Jia terbuka untuk menerima perubahan dalam program latihan yang cuba dibawanya.
“Korea ada lapan pemain perseorangan, ketika kami di sana hanya Jeon Hyeok Jin saja yang tidak ada kerana menyertai kejohanan di Thailand dan Azerbaijan.
“Sepanjang di Korea, Zii Jia mendapat peluang berlatih dengan pemain yang memiliki kemahiran berbeza termasuklah pemain kidal.
“Ini adalah sesuatu yang bagus untuk Zii Jia, tidaklah dia hanya berlatih dengan pemain saya sama saja seperti di Malaysia.
“Saya lihat Zii Jia terbuka untuk menerima perubahan dan ini memudahkan saya untuk menyusun program latihan seterusnya untuk dia,” kata Tat Meng.
Zii Jia ketika ini bersama skuad kebangsaan beraksi dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam.
Berita Harian