Dua maut, kereta terbabas di bahu jalan

Oleh – Syeikh Baran


Dua maut, kereta terbabas di bahu jalan
Dua mangsa maut dalam kemalangan di Jalan SFI, Sipitang.

Dua maut manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas di Jalan Sabah Forest Industries (SFI) di sini, pada Rabu.

Dua mangsa dikenali sebagai Melta Ingu dan Norsiah Paie masing-masing berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Sementara itu, tiga lagi rakan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu dikenali sebagai Mira Khairul, Sinu Ingu dan Menisa Sham juga berusia 20-an.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang.

Menurutnya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Sipitang.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.



“Terdapat lima mangsa terlibat, iaitu dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans manakala tiga mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba

“Bagaimanapun, dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya lagi, mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Seorang mangsa yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.



“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.20 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button