Polis kesan lelaki bergayut pada treler bergerak

Oleh – Syeikh Baran


Polis kesan lelaki bergayut pada treler bergerak
TANGKAP layar video aksi seorang lelaki berpaut pada bahagian belakang treler yang tular di media sosial sejak semalam.

Seorang lelaki dikesan polis selepas sebuah video tular menunjukkan melaku aksi berbahaya dengan berpaut pada bekalang treler yang sedang bergerak disyaki berlaku di Lebuh Raya Linkedua menghala ke Senai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian itu disedari pihaknya pada 12 tengah hari selepas video tular di media sosial.



Menurutnya, susulan itu, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di siasatan dilakukan, yang mendapati kejadian itu berlaku di Kilometer 35 Lebuh Raya Linkedua menghala ke Senai pada pukul 10 pagi Khamis lalu.

“Ketika kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai mungkin tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

“Pemandu terbabit didakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, Seng Lee berkata, pemandu lori berumur 36 tahun hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut.



katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Sumber -KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading