Thaksin Shinawatra akan dibebaskan esok
Oleh – Syeikh Baran
Bekas perdana menteri Thailand yang menjalani hukuman penjara, Thaksin Shinawatra akan dibebaskan esok, kata Perdana Menteri Srettha Thavisin, enam bulan selepas Thaksin pulang daripada hidup dalam buangan di luar negara selama 15 tahun.
Thaksin yang dua kali dipilih sebagai perdana menteri, digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Dia dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sekembalinya ke Thailand pada Ogos 2023.
Bagaimanapun, hukuman Thaksin dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn.
Bercakap kepada pemberita hari ini sebelum menaiki sebuah penerbangan, Srettha berkata, Thaksin akan dibebaskan pada 18 Februari dan pembebasannya dibuat ‘menurut undang-undang Thailand’.