Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?

 

24 Januari yang lalu, kerajaan mengumumkan kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh.

Tidak sampai sebulan dari tarikh pengumuman persetujuan itu, pada 14 Februari 2024, Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina, membuat pengumuman.



Beliau berkata YDP Agong, Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan 7 nama ahli RCI yang dicadangkan oleh kerajaan.

Suruhanjaya tersebut dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi

6 nama lagi yang telah mendapat perkenan YDP Agong adalah:

  1. Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi
  2. Pengamal Undang-Undang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu
  3. Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin
  4. Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran Prof Datin Dr Faridah Jalil
  5. Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir
  6. Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah

Sultan Ibrahim turut memperkenan Zamri sebagai Setiausaha RCI, manakala BHEUU JPM pula akan bertindak sebagai urus setia.



Dalam artikata lain, kerajaan hanya mengambil masa tidak sampai sebulan dari tarikh pengumuman persetujuan hingga penubuhan RCI diperkanankan YDP Agong.

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?

 

Timbul persoalan, apa cerita dengan penubuhan RCI Tommy Thomas?

Pada 13 Januari 2023, Bahagian Hal Ehwal Undang Undang, Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan kerajaan bersetuju untuk menubuhkan RCI Tommy Thomas.



Ianya lebih dari setahun yang lalu.

Kemudian pada 10 September 2023 pula, Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, mengumumkan nama panel RCI Tommy Thomas akan dipersembahkan kepada YDP Agong.

Kini sudah hampir 5 bulan selepas Zahid Hamidi membuat pengumuman tersebut, bayang RCI masih belum nampak.

Apa sudah jadi?



Adakah kerajaan masih lagi belum dapat calon panel RCI yang sesuai untuk dipersembahkan kepada YDP Agong.

Lebih melucukan apabila Zahid mengumumkan siasatan RCI Tommy Thomas hanya tertakluk kepada siasatan task force yang ditubuhkan di era Ismail Sabri.

Adakah kerajaan berpendapat mandat task force yang diberikan kabinet mengatasi mandat yang diberikan oleh YDP Agong kepada RCI?

Apa dan siapa yang menghalang penubuhan dan siasatan menyeluruh RCI Tommy Thomas?



 

Apa Cerita Dengan RCI Tommy Thomas?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button