Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16

Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16

Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16

 

Dalam PRU 14 pada tahun 2018, buat pertama kalinya Barisan Nasional kehilangan kuasa pemerintahan di pusat.

Dari 222 kerusi parlimen yang ditandingi, Barisan Nasional hany mampu memenangi 79 kerusi parlimen.



Barisan Nasional (BN) kehilangan 54 kerusi parlimen yang dimenangi dalam PRU 13 atau 35.59% kerusi parlimen.

Jumlah undi BN pula hanya 4,080,797 undi dan mengalami penyusutan undi sebanyak 33.77% berbanding pada PRU 13.

UMNO, parti komponen utama dalam BN hanya mampu memenangi 54 kerusi parlimen berbanding 88 kerusi parlimen pada PRU 13.

Ianya menyaksikan penyusutan sebanyak 34 kerusi parlimen atau 39.59% berbanding PRU 13.



Manakala jumlah undi yang mampu UMNO perolehi hanyalah sebanyak 2,525,173 undi.

Ia menyaksikan penyusutan undi sebanyak 20.9% berbanding PRU 13.

Respon yang diberikan oleh kepimpinan baharu UMNO ketika itu adalah UMNO bukan kehilangan kepercayaan orang Melayu.

Tetapi orang Melayu sudah tersalah hukum UMNO akibat terpengaruh dengan fitnah musuh politik UMNO ketika itu.



Ramai yang menjangkakan UMNO akan berkubur dalam PRU 15.

Aura DS Najib Pemangkin Utama Kebangkitan UMNO

 

Tetapi dengan pertolongan Allah SWT, satu keajaiban telah berlaku.

Mantan presiden UMNO, DS Najib yang sangat dibenci sebaik sahaja UMNO tumbang, tiba-tiba membuat comeback.



Fenomena Bossku menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula UMNO.

Hasilnya, UMNO memenangi 7 pilihanraya kecil termasuk 2 pilihanraya umum negeri secara berturut-turut.

Dalam pilihanraya negeri Melaka dan Johor, UMNO mencatat kejayaan yang cukup besar untuk membentuk kerajaan negeri yang cukup kukuh.

Keadaan ini menggerunkan musuh politik UMNO.



Langkah diatur untuk segera mensabitkan kesalahan kes SRC supaya DS Najib dapat dipenjarakan dengan segera.

Strategi mereka berjaya, DS Najib dipenjarakan hanya beberapa bulan sebelum PRU 15 pada November 2023.

BN, terutamanya UMNO memasuki PRU 15 tanpa aura DS Najib sebagai panglima perang.

Akibatnya dalam PRU 15, Barisan Nasional hanya mampu memnangi 30 kerusi parlimen.



BN kehilangan 49 kerusi yang dimenangi dalam PRU 14.

Manakala jumlah undi yang mampu diperolehi oleh Barisan Nasional hanyalah 3,094,827 berbanding 4,080,797 undi pada PRU 14.

UMNO pula hanya mampu 26 kerusi parlimen berbanding 54 kerusi parlimen pada PRU 14, kehilangan lebih 50% dari kerusi yang dimenangi dalam PRU 14.

Pencapaian UMNO Semakin Merosot Selepas PRU 15

 

Benarkah UMNO kini sudah mengalami defisit kepercayaan orang Melayu yang cukup kronik?

Kita lihat fakta yang ada.

Sebelum PRU 14, UMNO menguasai Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Selepas PRU 14, UMNO kehilangan Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Lebih teruk lagi selepas PRU 15 dan pilihanraya negeri, UMNO kehilangan Perlis dan cuma menguasai Johor dan Melaka.

Benar, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pahang, UMNO berada dalam kerajaan negeri.

Tetapi tanpa ehsan Pakatan Harapan, UMNO adalah pembangkang.

Dalam artikata lain, dari 13 negeri di Malaysia, UMNO hanya menguasai 2 negeri dan cuma memiliki 26 kerusi parlimen atau 11.71% dari 222 kerusi parlimen di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya 6 negeri pula, fakta menunjukkan UMNO telah kehilangan sokongan secara total di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Manakala sebahagian sokongan orang Melayu kepada UMNO di Perak, Negeri Sembilan dan Pahang sudah beralih arah.

Sikap Kepimpinan Utama Akan Mentalkinkan UMNO Dalam PRU 16

 

Kepimpinan utama UMNO masih lagi beretorik dengan alasan cliche untuk menafikan fakta yang terbentang di hadapan mata.

Alasan UMNO difitnah, rasuah politik serta pengkhianatan terus menjadi ratiban kepimpinan utama UMNO.

Apakah sudah dibuat post mortem yang benar-benar telus?

Kalau sudah, adakah keputusan post mortem tersebut menyokong hujah tersebut?

Apa yang membuatkan UMNO semakin memualkan pada pandangan mata orang Melayu?

Logik yang paling mudah adalah, sekiranya UMNO yang sebelum dan selepas PRU 15 tidak mampu membela nasib DS Najib, apakah UMNO sekarang mampu membela nasib orang Melayu?

Kepimpinan UMNO dilihat lebih mementingkan kekukuhan jawatan dalam parti berbanding kebangkitan parti.

Siapa sahaja yang dilihat sebagai ancaman kepimpinan akan dikepung dan dipancung.

UMNO juga ketandusan pemimpin yang dilihat benar-benar iklhlas dan mesra ketika bersama rakyat.

Ada beberapa pemimpin UMNO dilihat cuba bermesra dengan rakyat, tetapi sangat terserlah kepalsuannya.

Rakyat dilihat tidak selesa apabila berada bersama mereka sebagaimana apabila berada bersama-sama DS Najib.

Perjuangan keadilan untuk DS Najib juga dilihat rakyat sebagai perjuangan plastik.

Apa cerita dengan 1 juta tandatangan?

Kepada kepimpinan UMNO sekarang, jangan merasa terlalu seronok dengan jawatan yang ada sekarang.

Ingat, UMNO hanyalah melukut di tepi gantang di dalam kerajaan.

Tanpa UMNO kerajaan tetap kukuh, tanpa UMNO, Anwar Ibrahim tetap perdana menteri.

Pakatan Harapan tidak bimbang untuk menghadapi PRU 15.

PKR sudah menawan hati pengundi Melayu bandar dan sebahagian pengundi bukan Melayu dengan bantuan DAP.

DAP pula sudah kukuh dengan sokongan lebih 97% pengundi bukan Melayu.

PAN pula dilihat semakin diterima oleh pengundi Melayu dan dengan bantuan DAP, tidak ada masalah untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.

Di mana UMNO?

Sokongan pengundi Melayu sudah jauh merosot.

Kalau kepimpinan yang ada sekarang masih terus lena, siapkanlah kafan untuk UMNO dalam PRU 16 atau selewat-lewatnya dalam PRU 17.

Apa Nasib UMNO Selepas PRU 16

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading