Mahathir cari helah elak hadapi RCI Batu Puteh

 

Oleh Adam Malik

Macam macam cara Tun Mahathir lakukan demi mahu mengelak diri dari berhadapan dengan panel Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) berkaitan Pulau Batu Puteh.



Pulau yang telah terlepas ketangan jiran , Singapura buat selama lamanya akibat tindakan tidak bertanggungjawab Mahathir.

Seolah olah berani buat tetapi tidak berani tanggung itulah yang dapat dilihat tindak  tanduk yang diambil oleh seorang yang bergelar ”Negarawan”.

Mahathir tidak ada jawapan kepada perbuatannya.

Malah, sangat mencurigakan apabila tindakan beliau tergesa gesa dan seperti cemas melepaskan Pulau itu kepada jiran.



Mahathir telah memberi pelbagai alasan dan sebab sebab beliau melepaskan Pulau itu, namun tetap tidak menjawab persoalan pokok.

Antara alasan dan rasional Mahathir beri antaranya, Malaysia sukar untuk memenangi kes itu.

Alasan lain hal guaman yang menelan kos yang amat tinggi untuk urusan guaman dan sukar untuk Malaysia menang kes.

Namun, itu semua bukan persoalan yang Mahathir wajib jawab.



Soalan pokok adalah kenapa Mahathir membuat Keputusan secara sedirian dan ‘solo’ tetap belum dijawab oleh Mahathir.

Lebih mencurigakan, adalah tindakan Mahathir melepaskan Pulau itu ketika Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali digantung tugas dan Menteri kabinet belum dilantik lagi sepenuhnya.

Mahathir melihat seolah olah itu peluang terbaik melepaskan Pulau itu.

Ramai juga rakyat bertanya, adakah Mahathir sangat takut kepada Singapura ?



Adakah atas sebab Singapura mengetahui sesuatu berkenaan Mahathir yang rakyat Malaysia tidak ketahui?

Untuk pengetahuan pembaca. Singapura telah mendedahkan akau kroni Mahathir yang dibuka secara sulit.

Ini bermakna Singapura tahu bermacam macam lagi berkenaan Mahathir dan dengan mendedah akaun  sulit suami bekas Gabenor Bank Negara yang kebetulan kroni Mahathir, maka ia seolah olah memberi ‘signal’ mereka tahu bermacam macam akaun dan hal berkaitan Mahathir.

Sebelum ini , RCI yang diketuai Tan Sri Appandi Ali dibantah oleh Mahathir.



Kali ini Mahathir beri alasan Tun Raus tidak sesuai kendali kes RCI yang sama.

Konflik kepentingan antara alasan yang diberi oleh Peguam Mahathir Rafique Rashid dan Mahathir mungkin dinasihat untuk tidak Kerjasama.

Alasan ini tersangat lemah kerana fakta kes tetap fakta yang sama tidak kira siapa pun yang kendalikan nya.

Jawaban Mahathir dalam mahkamah tetap sama jika Apandai Ali atau Tun Raus yang kendali.



Mahathir lupakah Datuk Seri Najib Razak dizalimi berkali kali dan dinafikan hak keadilan apabila memohon Pegaum Dakwa Tan Sri Gopal Sri Ram digugurkan dari kendaki kes SRC?

Konflik kepentingan terlalu jelas apabila Sri Ram terbabit pergi kerumah Appandi dan mahu Appandi menangkap DSNR segera atas arahan Mahathir.

Itu tersangat jelas satu bentuk “conflict of interest”

Selain itu Hakim Nazlan Ghazali juga ada konflik kepentingan kerana terbabit isu SRC Ketika berkerja di Maybank.

Namun apa telah terjadi?

Beliau terus kendali kes dan Najib dijatuhkan hukuman oleh Hakim yang ada konflik kepentingan.

Maka, sah lah alasan Mahathir tidak boleh digunapakai dan sekadar helah untuk mengelakan diri dari menjawab perbuatan nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button