Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum

daMuhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum

Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum

 

Muhyiddin Yasin membayangkan pemimpin baharu mungkin mengambil alih pentadbiran PPBM dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Sumber dalaman PPBM maklumkan kepada penulis, pengumuman Muhyiddin itu berikutan sudah ada kata sepakat dengan Hamzah Zainuddin.



Hamzah sebelum ini dikatakan antara tokoh yang dilihat berpotensi untuk menggantikan Muhyiddin untuk menerajui PPBM dan Perikatan Nasional.

“Peralihan kuasa akan berlalu menerusi sistem demokrasi iaitu pemilihan parti seperti dituntut perlembagaan”.

“Ramai kata tak sama, Tan Sri adalah Tan Sri Muhyiddin”.

“Kalau orang lain ambil alih jadi tidak sama”.



“Saya kata betul tak sama tetapi kalau saya tidak mempercayai bahawa dalam parti ada tokoh-tokoh muda yang berwibawa nanti susah parti kita”.

“Saya tidak boleh kekal lama dan saya fikir sudah sampai masa untuk satu barisan pimpinan baharu ambil alih”.

“Pada fikiran saya dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang,” jelas Muhyiddin.

Ialah tu, kalau orang lain ambil alih, tidak akan sama.



Muhyiddin tetap Muhyiddin dan pastinya tidak sama dengan orang lain.

Buktinya, tidak ada satu pun pemimpin di dunia yang mengurung rakyat sendiri semata-mata kerana takut kehilangan kuasa…😜😜😜

Tiba-tiba penulis teringat tragedi yang berlaku dalam Perhimpunan Tahunan PPBM tahun lepas.

Muhyiddin dalam nada sedu sedan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan politik di dalam PPBM untuk beri laluan kepada muka baru.



Ramai ahli PPBM yang pura-pura terkejut walau pun hakikatnya memang berita itu yang dinantikan.

Tetapi secara tiba-tiba, dalam ucapan penggulungan dan penangguhan presiden, Muhyiddin buat u-turn kerana isteri beliau tidak bersetuju…🤣🤣🤣

Very funnylah abah nie…😂😂😂

Penulis tertanya-tanya, kali ini apakah Muhyiddin sudah mendapat persetujuan dari isteri beliau?



Nanti tak pasal-pasal kena buat u-turn lagi, kesian Mejah…😜😜😜

 

Muhyiddin Dan Hamzah Capai Kata Sepakat Tapi Dah Tanya Bini Ke Belum

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button