Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama

Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama

Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama

Setelah diperkenankan oleh YDP Agong, Sultan Ibrahim, kerajaan mengumumkan 7 nama yang akan menganggotai RCI Pulau Batu Puteh.

Mereka adalah:

  1. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif sebagai Pengerusi
  2. Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi
  3. Pengamal Undang-Undang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu
  4. Mantan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya Prof Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin
  5. Pakar Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran Prof Datin Dr Faridah Jalil
  6. Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir
  7. Pengarah Laut Wilayah Selatan, Jabatan Laut Malaysia Dickson Dollah

Sehubungan dengan itu, peguam Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Dr Mahathir berkemungkinan akan memulaukan RCI tersebut.



Alasan yang diberikan oleh Rafique adalah Tun Md Raus mungkin mempunyai conflict of interest atau kepentingan peribadi dalam siasatan tersebut.

“Pelantikan Tun Md Raus sebagai Pengerusi RCI jelas bertentangan dengan prinsip keadilan asasi”.

“Kerana memandangkan Tun Md Raus adalah pihak yang amat berkepentingan”.

“Pada 2017, Dr Mahathir memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keabsahan pelantikan Tun Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan”.



“Ia kerana Tun Md Raus Sharif telah mencapai usia 66 tahun dan enam bulan”.

“Jadi tiada pilihan lain kecuali menasihatkan Dr Mahathir untuk tidak menyertai RCI terbabit atas alasan Tun Md Raus mempunyai konflik kepentingan,” jelas beliau.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Dr Mahathir enggan beri kerjasama dalam siasatan RCI Pulau Batu Puteh.

Dr Mahathir juga enggan beri kerjasama dengan Jawatankuasa Khas untuk menyiasat isu Pulau Batu Puteh di era Ismail Sabri.



Alasan yang berikan adalah kerana Pengerusi Jawatankuasa Khas tersebut, Apandi Ali, juga mempunyai kepentingan peribadi.

Pada pendapat penulis, sekiranya isteri beliau, Tun Hasmah dan anak-anak beliau, Marina, Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz dilantik, baru Dr Mahathir dengan rela berikan kerjasama!!!

Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button