1 MDB Tanore, Tiada cop pengesahan ketulinan pada dokumen yang diterima - Saksi SPRM

Aida akui dokumen tiada cop pengesahan ketulinan

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Saksi sahkan tidak semua dokumen dijadikan bahan kes

Saksi SPRM, Nur Aida Ariffin mengesahkan tidak semua dokumen yang beliau terima dijadikan bahan kes untuk kes 1MDB Tanore.



Beliau bersetuju dengan Tan Sri Shafee Abdullah bahawa tidak semua dokumen relevan dengan kes ketika sesi soal balas di Mahkamah semalam.

Aida berkata beliau berpendapat ada kandungan dokumen tidak relevan dan perkara tersebut turut dipersetujui pihak Pendakwaan.

Saksi sahkan tidak semua dokumen dijadikan bahan kes

Paling mengejutkan Mahkamah, kebanyakan dokumen yang diterima Aida dan SPRM adalah dalam bentuk salinan fotokopi yang rendah mutu salinannya.



Ini diakui sendiri oleh Aida ketika ditanya Shafee mengenai dokumen dari UBS bertarikh 2/9/2014.

Bagaimanapun, saksi SPRM cuba menolak kenyataan Shafee yang bertanyakan mengenai cop pengesahan ketulinan dokumen yang diterima beliau.

Saksi sahkan tidak semua dokumen dijadikan bahan kes

Aida mendedahkan dokumen yang diterimanya dari Barbados adalah fotokopi dan mempunyai cop pengesahan ketulinan.



Apabila Shafee bertanya sekali lagi sambil merujuk kepada dokumen, Aida bersetuju tidak semua dokumen tersebut mempunyai cop pengesahan ketulinan kandungan.

1MDB Tanore

Dalam keterangan saksi semalam, Aida juga mengakui ada dokumen yang diterima dari Hong Kong masih berada dalam simpanan SPRM dan tidak dikemukakan sebagai bahan kes di Mahkamah.

Saksi mula kelihatan keliru dengan soalan yang dikemukakan Shafee berkaitan dokumen dari Switzerland yang dikatakan diberi dalam bentuk cakera padat (CD).



Saksi sahkan tidak semua dokumen dijadikan bahan kes

Aida mengesahkan kandungan dalam cakera padat (CD) telah di”print out” sebanyak 23 salinan.

Bagaimanapun, Aida sekali lagi mengesahkan pihak pendakwaan bersetuju kandungan yang di”print out” dari cakera padat tersebut tidak relevan dengan kes.

Mahkamah ditangguhkan ke hari Isnin 26 Februari 2024.



1MDB Tanore


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading