Keyakinan pelabur luntur kerana hukuman Najib dikurangkan, sekadar mitos dan auta sahaja.

 

 

Oleh Adam  Malik



Baru baru ini sebuah badan berpusat diluar negara telah memberi kenyataan bahawa “Investors confidence” telah rosak akibat hukuman penjara dan denda terhadap mantan Perdana Menter Datuk Seri Najib Razak telah dikurangkan sebanyak 50%.

 

Hatta, akibat ini, pada pendapat pihak tersebut maka pelabur telah hilang keyakinan untuk melabur di Malaysia.

Jika tanpa merujuk fakta dan statistic dan hanya sekadar kenyataan untuk pentas ceramah dan bual kososng , maka mungkin kenyataan ini laku, terutama dipentas ceramah Perikatan Nasional.



Namun , jika fakta dirujuk dan laporan rasmi dibentangkan ia sangat jauh tersasar dan boleh dikira sebagai bohong belaka.

CEO Global dan founder Global Institute For Tomorrow (GIFT) Chandran Nair telah membuat kenyataan mengurangkan hukuman terhadap Najib antara sebab pelabur tidak yakin.



 

Tidak tahu atas nasihat siapa CEO Chandran Nair telah mendapat laporan tentang “investment” nya.

Mengikut laporan, pelabur telah mula melarikan diri sebaik sahaja kerajaan Barisan Nasional pimpinan DSNR tumbang.

Pada hari pertama Tun Mahathir naik menjadi Perdana Menteri PH1.0 , pelabur telah mencampakan saham bernilai berpuluh billion dari Bursa Saham Kuala Lumpur pada peristiwa yang dinama kan “Mahathir slump”



 

Itu jelas membuktikan dari tahun 2018 lagi pelabur sudah cabut pergi.

Kemudian banyak pula Syarikat menutup operasi di Malaysia dan lari ke negara jiran terutamanya Indonesia.

Ada yang sudah berjanji mahu membuka operasi diMalaysia seperti Syarikat Dyson sanggup membatalkan janji lalu buka di Singapura yang lebih tinggi kos operasi nya.



 

Ia lebih baik dari beroperasi dengan negara yang tidak menentu Kerajaan nya dan sistem cukai yang lapuk.

Selain itu , tiada syarikat besar berani buka operasi kerana ketakutan akan berlaku pertukaran Kerajaan lalu mengubah perjanjian pula.

Kenyataan Chandran Nair berkemungkinan ada berbau politik atau kemungkinan beliau ada hubungan dengan pihak tertentu di Malaysia.



Jika hendak kata bahawa kerana hukuman Najib dikurangkan jadi faktor pelabur tidak yakin, maka boleh juga dikatakan perbicaraan tidak adil terhadap Najib juga antara faktor pelabur ‘shun away” dari melabur di Malaysia.

Bahkan ada kes Hakim terima rasuah tidak dibicarakan dan bekas Gabenor Bank Negara masih tidak diseret ke mahkamah juga antara faktor pelabur melihat Malaysia negara yang tidak adil.

Selain itu setelah menukar Kerajaan , Kerajaan baru tidak ada rencana memajukan negara selain masih bepolitik balas dendam kepada musuh seperti DSNR.

Kerajaan baru pimpinan Mahathir menunjuk teladan jijik dengan membatalakan perjanjian antara Kerajaan .

Ini mendatangkn imej kerajaan tidak boleh dipercayai dimata dunia.

Kerajaan Mahathir juga telah menipu oengundinya dengan tidak melunaskan janji manifesto dan juga janji serah jawatan kepada Anwra Ibrahim.

Maka semenjak itu, imej Malaysia sekadar bertaraf ca ayam dimata negara lain.

Apa yang Malaysia tawarkan juga mampu ditawarkan oleh negara jiran dengan plus factor perjanjian antara negara bleh dipercayai dan tidak dibatalkan sesuka hati seperti yang terkena kepada China Saudi Arabia dan Singapura.

Maka, fakta fakta diatas membuat Malaysia pilihan terakhir untuk pelabur masuk dengan sistem cukai lapuk dan ancaman politik tebuk atap setiap hari.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading