Rafizi Mencipta Helah Dengan Menetapkan Tajuk Debat 1MDB
Rafizi Mencipta Helah Dengan Menetapkan Tajuk Debat 1MDB
Tidak pasti sama ada kerana terlalu geram dikritik atau sememangnya berani menempah bala, Rafizi secara tiba-tiba menunjukkan jantan.
Dalam keadaan beliau masih perlukan rehat yang secukupnya di hospital, RafiziĀ menyahut cabaran debat dengan Lim Sian See atau Dr Puad Zarkashi atau Isham Jalil.
Walau pun ada yang kata, cara beliau cuba tunjukkan jantan itu sebenarnya tak berapa nak jantan sangat.
Penulis cuba memahami apa yang maksud tersirat di sebalik kata-kata kawan penulis.
Rupa-rupanya, ini maksud kawan penulis.
Rafizi Mahukan Tajuk 1MDB
Dari akaun rasmi Rafizi, beliau dilihat cuba mengheret debat yang dicadangkan utuk membincangkan mengenai 1MDB.
Beliau kononnya merasa besar hati untuk mendedahkan watak sebenar yang selama ini mengendalikan kempen propaganda 1MDB.
Beliau juga menuduh individu berkenaan selama ini berlindung di sebalik nama Lim Sian See.
Untuk pengetahuan Rafizi, setahu penulis, nama Lim Sian See bukanlah nama pena atau nama samaran pemilik akaun Facebook Lim Sian See.
Ianya adalah nama sebenar individu berkenaan.
Lim Sian See hanya memberikan ulasan dari sudut pandangan yang berbeza mengenai 1MDB untuk pembaca menilaikannya.
Tidak benar kalau dikatakan Lim Sian See selama ini melakukan kempen propaganda 1MDB.
Penulis juga pelik, mengapa Rafizi mahu berdebat mengenai 1MDB?
Bukankah kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.
Sebarang kes yang sedang dibicarakan di mahkamah adalah dilarang untuk dibahaskan secara terbuka kerana boleh menimbulkan subjudis.
Dan ini boleh dikenankan tindakan menghina mahkamah.
Mustahil Rafizi tidak tahu mengenainya atau sengaja mencari alasan supaya debat itu tidak direalisasikan?
Melabelkan Dr Puad Zakarshi & Lim Sian See Sebagai Jurucakap Perikatan Nasional
Rafizi memang terkenal sebagai Raja Formula yang suka melabelkan musuh politik beliau.
Sebelum ini beliau melabelkan DS Najib sebagai kleptokrat dan kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan kleptokrasi.
Belum masuk gelanggang, Rafizi sudah memberikan label yang sangat tidak adil kepada lawan debat beliau.
Mana mungkin Dr Puad dan Lim Sian See boleh dilabelkan sebagai jurucakap Perikatan Nasional.
Dr Puad Zakarshi adalah ahli MKT UMNO dan Speaker DUN Johor, negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.
Lim Sian See pula tidak mungkin ahli parti Gerakan, parti komponen Perikatan Nasional.
Dan PAS serta PPBM pula adalah parti yang berteraskan Melayu.
Malah Lim Sian See juga sudah beberapa kali memberikan kritikan pedas kepada pemimpin utama Perikatan Nasional.
Adakah Rafizi cuba membunuh karektor lawan debat beliau sebelum masuk ke gelanggang sebenar?
Atau mencari alasan supaya debat ini tidak akan berlaku?
Jadilah jantan yang benar-benar jantan.
Rafizi Mencipta Helah Dengan Menetapkan Tajuk Debat 1MDB
Di Syorkan Untuk Anda:
- Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapiā¦
- Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
- Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama